Semua orang pasti mahu merasakan indahnya menjalani hidup secara berpasangan yang berakhir dengan perkahwinan yang indah.
Berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jarak usia yang lebih jauh tidak menjadi sebuah isu kalau dah tertulis itu adalah jodohnya.
Macam baru-baru ini, sebuah video telah tular di TikTok yang memaparkan sebuah perkahwinan di antara seorang wanita yang berusia 60 tahun dan suaminya pula yang berusia 23 tahun.
Dapat ayah tiri muda?
@nugget_hensem semua dah tertulis ? #suamimuda #pengantinviral
Apa yang menarik perhatian warganet adalah, perbezaan umur yang ketara dalam pemilihan pasangan itu telah membuatkan warganet meluahkan rasa hairan.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat gadis tersebut merestui ibunya yang berusia 60 tahun itu untuk berkahwin baru selepas bercerai. Namun, dia tidak pernah menyangka bahawa ibunya akan berkahwin dengan seseorang yang muda.
Daripada video tersebut juga kelihatan pasangan itu telah dipanggil oleh sebuah rancangan televisyen, Mingguan Wanita untuk ditemu ramah selepas mengadakan majlis perkahwinan mereka.
Umur hanyalah angka..

Tidak lama selepas itu, pemilik akaun tersebut yang dikenali sebagai @ecacuwitcawer juga telah menjumpai jodohnya dan telah melaksanakan ikatan yang sah.
Bagaimanapun, sekali lagi perhatian netizen tertumpu kepada umur suaminya yang dipercayai lebih muda daripada dirinya.
Ecah yang berusia 35 tahun telahpun berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya yang berumur 28 tahun itu.
“Jadilah kisah suami muda masing-masing.. doakan kami,” tulisnya di dalam video tersebut.
“Betul semuanya dah tertulis..” – Netizen
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap perbezaan umur yang ada di antara kedua pasangan itu dan ada juga yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Terpaling baik! Umur hanya angka dah tak menjadi ukuran apa-apa…Semoga pasangan ini sentiasa bahagia hingga ke Jannah.
Baca : “First time tengok” – Netizen Kagum Tengok Upacara Akad Nikah Pasangan Ini Guna Bahasa Isyarat

