in

[VIDEO] Ratusan PATI Merusuh & Lari Dari Pusat Tahanan Imigresen Di Kedah, 6 Maut Dilanggar

collage 41

Satu rusuhan di Depot Imigresen Sementara di Relau, Bandar Baharu di Kedah telah menyebabkan kejadian lari dari penjara besar-besaran melibatkan lebih 5,000 tahanan melarikan diri.

Insiden ini bermula dari protes yang dibuat lebih kurang jam 5 pagi tadi oleh 650 orang tahanan Rohingya sebelum bertukar menjadi rusuhan, lapor The Star.

Kenyataan media dari Jabatan Imigresen Malaysia mengatakan bahawa seramai 528 tahanan etnik Rohingya telah melarikan diri dengan memecahkan pintu blok dan pagar penghadang.

Wartawan Mohd Faizal Hassan menerusi Twitter peribadi memberitahu, pihak polis telah mengesahkan seramai enam dari 528 tahanan telah meninggal dunia ketika melintas jalan di KM 168 PLUS berbanding 10 yang dilaporkan oleh media sebelum ini.

Seramai 229 telah berjaya ditahan oleh pihak polis, 88 tahanan berjaya ditahan penduduk kampung dan jabatan imigresen.

Manakala 205 tahanan termasuk kanak-kanak dan warga emas masih hilang dan sedang dicari.

Sementara itu, pihak imigresen meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang lari diminta untuk memaklumkan kepada pihak imigresen atau polis.

 

Baca: Lepas Budak Ketuk Cermin Kereta, Kini Wanita Rohingya Pula Ketuk Pintu Rumah Minta Duit?

cats 9