Korang yang selalu scroll media sosial mesti akan ternampak video seorang lelaki yang kerap melukis potret figura terkenal menggunakan kedua-dua kaki dan tangannya kan?
Figura yang dilukis pun memang sangat dikenali tau… Antaranya ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, penghibur Allahyarham Datuk Sudirman, Christiano Ronaldo dan juga Lionel Messi.
Menurut mStar, lelaki yang berbakat itu merupakan seorang guru yang sememangnya minat dengan lukisan dan telah mula menjadikan ia sebagai hobi sejak kecil. Hasil lukisannya juga sering dikongsikan di akaun TikToknya iaitu @shaiful_thaqif.
@saiful_thaqif 4 stroke #saifulart
Menarik lagi, guru yang dikenali sebagai Saiful itu merupakan guru Pendidikan Seni di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Tajul Ariffin dan ujarnya lagi dia mula melukis secara serius bermula Januari 2021.
“Masa awal posting dulu lagi saya dah banyak melukis, tapi memang views tak banyak pun…” – Saiful
Lukisan 5 bintang…
Terbaru, dia telah kongsikan video lukisan potret bekas pemain badminton Datuk Adiwira Lee Chong Wei, Chef Wan, Rowan Atkinson, Imuda dan juga Michael Jackson yang juga menggunakan mulutnya!
@saiful_thaqif 5 legends ! #212 #saifulart #art
Video itu telah mendapat perhatian ramai yang turut memberi pujian kepada lukisan guru tersebut kerana bakat hebat itu tidak semua boleh kuasai dalam masa yang singkat.
Difahamkan lagi, dia mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam untuk menyiapkan potret menggunakan kedua-dua tangan dan juga kakinya serta dia mengambil masa selama 15 tahun untuk betul-betul menguasai bakat itu.
Jealous min tengok lukisan Cikgu Saiful ni… Min lukis kucing pun tak rupa kucing dah haa… Orang lidi je mampu. Hahaha!
Baca: 33 Tahun Terpisah Akibat Diculik, Lelaki Pulang Ke Pangkuan Ibu Lepas Lukis Peta Kampung Sendiri