Minggu ini telah berlangsungnya Konsert OAG 30 Tahun Generasiku yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dengan mempersembahkan beberapa buah lagu seperti PerMYsuri, Slumber, 60’s TV, Akustatik, Senyuman Ragamu dan Merpati Putih khas buat para peminat.
Apa yang menarik perhatian orang ramai adalah konsert tersebut diselangi dengan selawat dan kata-kata hikmah agar sentiasa memperingati Tuhan oleh vokalisnya, Radhi.
Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang mendakwa Radhi kelihatan ‘terbang melayang’ ketika melakukan persembahan sehingga menyebabkan konsert itu terlewat setengah jam.
Nak AADK check Radhi?
Menerusi ciapan yang tular di Twitter itu, seorang pengguna telah meminta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk membuat pemeriksaan terhadap penyanyi itu sebelum membuat persembahan.
Mungkin ramai yang tertanya kenapa netizen mendakwa sedemikian, beberapa video persembahan tersebut telah tular di laman Twitter dan kelihatan penyanyi berusia 45 tahun itu sedang membaling sehelai baju yang dipercayai hadiah kepada mereka yang duduk di hadapan pentas.
— Stratton Oakmond (@ffarishputraa) December 25, 2022
Walaupun Konsert 30 Tahun Generasiku OAG start lambat setengah jam dan Radhi terbang melayang, AKU PUAS HATI SEBAB BANYAK LAGU YANG AKU SUKA TAPI TAK PERNAH TENGOK DIORANG PERFORM LIVE ADA MALAM NI! SIAP ADA SELAWAT LAGI! pic.twitter.com/8C3tBHDRqo
— ?? (@pkckAm) December 25, 2022
Ada juga warganet yang berkongsi sebuah ciapan menceritakan pengalamannya ketika berada di konsert tersebut walaupun, konsert itu bermula lewat setengah jam tapi ramai di antara peminat tegar OAG berasa puas hati dengan persembahan yang disajikan.
Susulan kejadian itu ramai yang meluahkan rasa pelik dan hairan apabila mereka melihat tindakan luar biasa penyanyi tersebut yang berbeza berbanding dengan persembahan pada konsert sebelum ini.
Apa kata warganet?
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selepas melihat tindakan Radhi di atas pentas yang dilabelkan sebagai ‘terbang malayang’ itu. Namun, masih ada netizen yang memuji sikap Radhi untuk menyelitkan unsur-unsur kerohanian.
Bagaimanapun, ini semua hanyalah spekulasi yang dilontarkan oleh netizen dan mungkin ada juga mereka di luar sana yang tidak sama pendapat mengenai isu ini.
Cuba korang tengok video tu sendiri, korang rasa betul ke dakwaan ni?