Penceramah selebriti, PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun ini.
PU Azman atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Cik Man bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Dituduh lakukan kelucahan melampau di ruang tamu dan tandas
Menurut Kosmo, difahamkan tiga pertuduhan telah dilakukannya iaitu amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai antara pukul 3 hingga 5 pagi, Julai lalu.
@kosmoonline Penceramah selebriti, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki tahun lalu. #puazman
Selain itu, dua pertuduhan juga melibatkan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun dan 10 tahun di dalam sebuah bilik di rumah yang sama lebih kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam pada 5 Februari lalu.
Turut dilakukan di ruang tamu di rumah yang sama antara pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.
PU Azman kelihatan tenang ketika berada di pekarangan mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna gelap dan ditemani oleh peguam, kakak dan abang iparnya.
Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly memohon mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan. Dia juga disiasat bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Apa-apapun kita tunggu keputusan mahkamah…
Baca: “Yang penting tak caras Fatin” – PU Azman Perjelas Hukum Jika Khuzairi Kahwin Nurul Dalam 7HM3