Tular di media sosial sekarang berkenaan dengan satu video yang memperlihatkan 3 lelaki mengamuk dan menyerang kakitangan KKM kerana nak halang seorang wanita cedera dibawa ke ambulans dekat sebuah pasaraya di Kuala Selangor.
Memandangkan video berdurasi 32 saat itu tular, pihak polis telah berjaya menahan 3 lelaki tersebut.
Mengamuk, serang staf KKM sebab bawa wanita cedera?
https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1590524037683609600
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 35 tahun ditahan pada jam 11 malam di sekitar daerah ini.
Penahanan itu dibuat susulan dengan laporan yang dibuat oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan Hospital Tanjong Karang berusia 27 tahun.
“Pada jam 8.40 malam tadi, pengadu menerima panggilan berhubung seorang wanita yang cedera di sebuah pasar raya.
“Pada jam 9 malam, pengadu tiba di lokasi dan ketika dalam perjalanan membawa pesakit ke ambulans, didapati ada pihak yang menyerang pemandu ambulans.”
Berikutan dengan laporan tersebut polis telah menahan 3 lelaki berkenaan. Bagaimanapun, punca kecederaan wanita dan kejadian itu masih lagi dalam siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.