Korang ada tak kawan baik yang korang rasa dia tu sudah macam sebahagian daripada keluarga? Mesti ada kan? Selalu hubungan dengan kawan baik ini akan mula renggang bila masing-masing sambung belajar di tempat yang berbeza atau pun sudah berkahwin.
Tapi, lain pula dengan gadis ini apabila hubungannya dengan kawan baik nampaknya akan terus berkekalan sampai bila-bila sebab kawan baik dia katanya bakal jadi kakak ipar. Seronoknya kawan baik dah jadi family kita juga.
Bakal jadi kakak ipar
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh pemilik akaun @airahmaan_ pada 24 April lalu yang mendapat lebih 40 ribu views dengan lebih 2 ribu likes di Tiktok, dia berkongsi kisah dia menyunting sendiri sahabatnya untuk jadi bakal isteri kepada abangnya.
https://www.tiktok.com/@airahmaan_/video/6954512261968907522?_d=secCgYIASAHKAESMgowl2kdi8BD3YhF6Z5EAFmnI%2BmEmFomDQSeEXEUPbqw2pTQdnHY1vUyEcyKxOIk4mFWGgA%3D&language=en&mid=6939955267148843782&preview_pb=0®ion=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6954512261968907522&source=h5_t×tamp=1620349823&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Dia dan sahabatnya sudah kawan berbelas-belas tahun dan cuba untuk menyatukan dia dengan abangnya yang masih single pada ketika itu. Gadis itu bersyukur sangat bila sahabat baiknya bersetuju untuk menjadi salah seorang ahli keluargnya tidak lama lagi.
Selesai bertunang
Dalam video lain, gadis tersebut berkongsi kisah keluargnya datang ke majlis pertunangan abang dan kawan baiknya itu.
“Diorang baru pertama kali berinteraksi waktu hari pertunangan tu.”
https://www.tiktok.com/@airahmaan_/video/6954936020043369730?_d=secCgYIASAHKAESMgowhypQo4no20LteFOqRI%2BbPSI%2FOqU6ZCICqmbR23W5Li2IBBZAXZnOj5NM3OjpouFkGgA%3D&language=en&mid=6946525797364632321&preview_pb=0®ion=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6954936020043369730&source=h5_t×tamp=1620367492&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1
Gadis ini menceritakan yang kawan baik dia dan abangnya dua-dua jenis pemalu. Selama ini pun diorang cuma bermain mata sahaja. Betul la orang cakap dari mata jatuh ke hati. Kan dah tersuka.
Walaupun gadis ini agak sedih sebab dia dan kawan baiknya rancang untuk kahwin pada tarikh yang sama tapi tak menjadi, dia bersyukur sangat yang orang yang ada waktu susah dan senang sebelum ini bakal jadi kakak dia.
“Itsokay i let u kahwin dulu, walaupun janji kita nak sepelamin tapi tak menjadi.”
Sama-sama kita doakan gadis ini bertemu dengan jodoh yang baik-baik. In Shaa Allah…
Sumber: airahmaan_

