Banyak sejarah yang masih belum ‘dikupas’ di negara kita ini, malah banyak juga hutan-hutan yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang mencecah jutaan tahun. Ini menjadikan negara kita bukan sahaja kaya dengan alam semula jadi malah, terpahat dengan seribu satu sejarah.
Pasti ramai yang sedia maklum dengan penemuan Perak Man di Lembah Lenggong, Hulu Perak kan? Kalau korang nak tahu, Lembah Lenggong merupakan tapak arkeologi di mana wujudnya bukti-bukti penempatan manusia semenjak zaman Paleolitik telah ditemui.
Disebabkan itu, pada 2 Julai 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu dari Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian oleh pemandu pelancong yang dikenali sebagai WBH Yeop menerusi laman TikTok @gayatravel mengenai satu lagi keunikkan yang ada di Lenggong, Perak.
@gayatravel Kiamat kali ke-2 di Lenggong. Sampaikan dunia tiada oksigen selama 7 hari! ? #fyp #travelperaklah #masukberanda
♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Perkongsian itu mengenai Bukit Sapi di kawasan tersebut di mana ia merupakan salah sebuah tapak geopark yang terjejas ketika letusan debu Toba pada 74 ribu tahun lalu.
“Dikenali sebagai kiamat kedua di Lenggong”
Letusan debu yang berasal Pulau Samosir, Indonesia itu kemudiannya berterbangan melalui Malaysia sehingga ke Afrika dan debu-debu tersebut mengambil masa untuk mendap, disebabkan itu bumi tidak dapat oksigen selama tujuh hari.
Fenomena itu menyebabkan banyak tumbuhan dan hidupan mati dan kerana itu ia dikenali sebagai kiamat kedua di Lenggong.
Menarik kan? Mungkin boleh visit lepas ni!
Baca: “Kucing pun ada passport!” – Ini Langkah Untuk Anda Bawa Kucing Naik Kapal Terbang & Travel Bersama

