Tindakan seorang wanita baru-baru ini telah membuatkan ramai orang sakit hati apabila melihat kelakuannya yang dianggap ignorant dan tiada sivik.
Seperti yang kita maklum, adalah menjadi peranan dan tanggungjawab kita untuk memberikan ruang dan keutamaan kepada yang memerlukan jika berada di dalam pengangkutan awam. Tetapi wanita ini tidak menghiraukan orang lain biarpun ramai yang berdiri berhampirannya..
“LRT ni bapak dia punya”
Dalam video yang berdurasi 12 saat, seorang wanita bertudung biru dilihat selamba menatap telefon bimbit sambil membiarkan beg kertas di atas tempat duduk. Ramai orang dilihat sedang berdiri menghampirinya.
Pemilik video menzahirkan rasa geram melihat tingkah laku wanita tersebut yang dianggap seperti tiada sivik. Menurutnya, wanita itu perasan orang lain perhatikannya tapi dia buat-buat tak tahu.
“LRT ni bapak dia punya hehehe..Common sense la sikit orang nak duduk terus kau letak paper bag kat sebelah lepas tu orang dah pandang kau buat-buat tak tahu.”
Bagaimanapun, pemilik video telah menegur wanita tersebut. Katanya, ada wanita mengandung berdiri pun dia buat-buat tak tahu. Pemilik video ini juga berpesan bahawa tidak salah leka dengan telefon namun, perlu peka dengan sekeliling.
“Tak marah pun main telefon tu tapi tengok la orang sekeliling jugak ada warga emas ke apa. Jadi simpati pun dah okay.”
Dalam masa 19 jam, video tersebut telah meraih lebih daripada lebih pada 4,000 jumlah perkongsian di Twitter. Rata-rata turut menyirap melihat sikap wanita tersebut.
Boleh tengok video penuh disini
Selfish – Netizen
Bagaimanapun, ada yang mengatakan bahawa pemilik video sepatutnya menegur dulu daripada merakam, tetapi ada juga menyifatkan perkara ini bukan lah sesuatu yang baharu.
Baca : “Dengan sepenuh tenaga” – Individu Terkejut Tiba-tiba Ditampar Makcik Ni Di Stesen LRT