Semalam, berlakunya kekecohan di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi yang katanya disebabkan rasa tidak puas hati penumpang yang terkandas berjam-jam lamanya akibat masalah yang dihadapi feri tersebut.
Menerusi satu video yang tular di TikTok, penumpang dan kru feri dilihat berada dalam situasi tegang serta bertikam mulut antara satu sama lain selepas katanya terkandas di terminal tersebut melebihi 8 jam lamanya.
https://www.tiktok.com/@aishahyusofcollection/video/7060108587166633242?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8Rwws2Si1eUpJ1eZO1fxgQnkrrbcKZS7BHnLfztoRANE6qYjDXM%2FYyq2pp0MzQaLu9degE7zNmdOpRH8RGgA%3D&checksum=05d647e125059537dcf0c2c2449413ff62b199059e95768787d3b508b65b3135&language=en&mid=7060108630586182426&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=7060108587166633242&share_link_id=8E2A58C5-F735-4C4B-95FB-F95118FAA416&source=h5_t×tamp=1643849742&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy&_r=1
Menurut pemilik video, mereka dikatakan terkandas di situ sejak jam 2.30 petang lagi dan telah ditengking serta dimaki oleh kru feri berkenaan. Alahai…
Wei kami tunggu dari jam 2.30 petang kot. Sekarang dah boleh naik. Boleh tahan dan tengking-tengking kata jangan bagi naik.
Dahlah tak ada maaf buat kami macam ni pulak. Lemah.”
“Sikit-sikit nak viral, tak belajar ke waktu pasang surut air”
Walau bagaimanapun, video tersebut mendapat respon negatif netizen yang kebanyakannya memberitahu situasi feri tergendala itu berlaku akibat fenomena air surut.
Ini bermakna feri tidak dapat beroperasi sehingga air pasang dan kembali ke paras yang lebih selamat. Ramai di kalangan netizen menasihatkan pelancong untuk tidak ke pulau peranginan tersebut buat masa ini kerana masalah air surut tersebut.
Pun begitu menurut laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid berkata, situasi itu dipercayai berpunca daripada kerosakan feri yang berkapasiti besar.
“Saya dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang sudah tertunda.
“Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi menerusi Expres Bahagia 99,” katanya.
Perkara ini juga mengakibatkan jeti di Langkawi sesak dengan orang ramai dan ada juga di kalangan netizen mendakwa mereka terpaksa tidur di kaki lima sehingga awal Subuh ini.
https://www.facebook.com/AMVMALAYSIA/videos/3300024746884339/
Penumpang ini terkandas di Jeti Kuah sejak jam 2.30 petang tadi hingga 10.30 malam.
“Belum pasti apa nasib mereka yang membawa anak kecil serta warga emas yang terkandas di Jeti Kuah, ramai yang tidur di kaki lima hingga subuh pagi ini,” dakwa penumpang.
Apa-apapun diharapkan masalah ini sudah dapat diselesaikan dan penumpang yang terkandas dah berjaya mendarat di Pulau Langkawi.
Baca: Bermula Hari Ini, Pengembara VTL & Gelembung Langkawi WAJIB Buat Ujian Saringan Setiap Hari!