Semalam telah berlangsungnya konsert minggu keenam bagi pentas Big Stage 2022 di mana para penonton menyaksikan pengakhiran bagi peserta Megat Rahim dan Syafiq Abdilah.
Jika dilihat pada senarai kutipan markah peserta, Syafiq yang telah mempersembahkan lagu Jeritan Batinku mendapat markah sebanyak 68.20% manakala Megat Rahim yang menyanyikan lagu Kelentang Kelentong memperoleh 62.20% menjadikan mereka berdua berada di tangga dua terbawah.
Sementara itu, Aisha Retno, Danial Chuer dan Tegar Septian telah merangkul senarai Top 3 bagi minggu tersebut.
Penangan Bengawan Solo!
Aisha Retno yang menyanyikan lagu Bengawan Solo daripada ibu Hetty Koes Endang di konsert suku akhir malam tadi bukan sahaja telah membuatkannya mendapat markah yang tertinggi, malah juri tetap Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza juga telah memberikan standing ovation kepadanya!
Bukan itu sahaja, persembahan itu juga telah mendapat perhatian serta pujian daripada penyanyi yang baru sahaja menimang puteri sulungnya baru-baru ini, Ernie Zakri!
Tidak hanya memuji Aisha sebagai seorang genius, Ernie juga telah ‘belanja’ nyanyi lagu Bengawan Solo ini kepada para peminatnya di laman TikTok!
@erniezakri23
“Lepas tengok Big Stage, rindu pula nak nyanyi lagu ni”
Walaupun hanya berdurasi 48 saat sahaja, namun nyanyian Bengawan Solo daripada Kak Ninie kita ni bukan sahaja boleh buat puterinya Khawla tidur, tetapi ramai juga yang terdodoi!
Di ruangan komen posting TikToknya itu, ada yang siap minta full cover lagi!
Takpe korang…bagi masa Kak Ninie sihat sepenuhnya dulu. Manatau lepasni Kak Ninie buat comeback lagu keroncong kan? Sabar ya semua…
Baca: Ernie Dipuji Vokal Mantap Masa SFMM36 Walau Sarat, Peminat Throwback Ibu Sedara Masa AJL 1999