in

Video Pelancong China Lukis Mural Di Pulau Pinang Cetus Kemarahan Rakyat Malaysia, Pemilik Mural Beri Respon

pelancong china lukis mural pulau pinang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Heboh mengenai sebuah video tular memaparkan seorang pelancong wanita dari China ‘menconteng’ mural ketika dia mengunjungi Chew Jetty, Pulau Pinang yang disenarai dalam George Town World Heritage Area yang diiktiraf UNESCO.

Dalam video terbabit, dia menunjukkan sebuah lorong dengan mural yang indah lalu bercadang untuk ‘menambah’ lukisan sendiri iaitu seekor panda yang dikatakan haiwan kebanggaan dari negaranya.


Video berkenaan yang dimuat naik menerusi akaun media sosialnya itu telah mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana dianggap telah melakukan vandalisme di lokasi bersejarah itu.

Artikel berkaitan: Pelancong China Menangis Terharu Dibantu Seorang Pakcik, Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Video Tular Itu

Artikel berkaitan: Pelancong China Ditahan Polis Kerana B*nuh Wanita Trans Gara-gara Enggan Lakukan Hubungan Intim

“Hanya salah faham”

Susulan tindakan pelancong China itu dikecam ramai, pemilik mural tampil memberi penjelasan dengan mendakwa ia hanyalah salah faham.

Memetik sumber Sin Chew Daily, pemilik mural Chow Hua Hing menjelaskan bahawa pelancong itu dijemput untuk melukis di muralnya selepas melihat hasil karya wanita itu dalam talian.

“Saya suka gaya kreatifnya dan teruja untuk bekerjasama. Saya sempat makan malam dengannya sebelum dia pulang ke Chongqing,” ujarnya.

temp 1762845783 efbc88e5a4a7e58c

Sementara itu, kakak kepada pemilik mural terbabit ada menegur tindakan pelancong wanita itu sebelum mengetahui bahawa dia telah pun diberi kebenaran untuk melukis pada dinding mural tersebut. Katanya, perkara itu telah pun diselesaikan dengan baik.

Dalam pada itu, Hua Hing menggesa warganet untuk berhenti mengecam pelancong terbabit atas salah faham yang berlaku.

Sumber: Weirdkaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.