in

[Video] Parti Gender Reveal Jadi Mimpi Ngeri, Isteri Sarat Mengandung Dihempap Kawan Suami

Ft Jantina Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Parti gender reveal kini semakin popular dianjurkan oleh mereka yang bakal bergelar ibu bapa untuk mendedahkan jantina kandungan mereka kepada khalayak terutama di negara-negara barat.


Mereka yang menghadiri parti ini terdiri daripada ahli keluarga serta kawan-kawan rapat. Tujuan parti ini diadakan adalah untuk bersama-sama berkongsikan kegembiraan suami isteri ini di atas kelahiran bakal ‘ahli’ baru dalam keluarga.

Namun, siapa sangka parti gender reveal yang sepatutnya meriah dan penuh kegembiraan ini bakal berubah menjadi mimpi ngeri kepada pasangan suami isteri ini apabila berlakunya insiden yang tidak disangka-sangka yang mengancam nyawa bakal ibu dan kandungannya.

Video yang dimuat naik ke laman TikTok @jay.crnt ini telah memperlihatkan insiden yang berlaku semasa parti gender reveal mereka yang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

Feat Tik Tok

Semua tetamu bersorak dengan meriah apabila mengetahui suami isteri tersebut bakal menimang cahaya mata perempuan selepas si suami memecahkan belon untuk mendedahkan jantina anak mereka.

 

Member ‘excited’ nak peluk si suami, tak sengaja langgar si isteri

Seorang lelaki yang merupakan rakan kepada suaminya secara tiba-tiba telah datang secara meluru ke arah pasangan suami isteri ini dalam keadaan gembira dan ‘excited’ untuk memeluk dan mengucapkan tahniah.

Namun, dia secara tidak sengaja telah terlanggar belon dan isteri rakannya yang sedang mengandung itu sehingga terjelepok jatuh dan terhentak ke lantai.

Tik Tok 2 1

 

Jatuh terhempap ke atas isteri kawan

Bukan setakat itu sahaja, lelaki berkenaan juga dilihat gagal untuk mengawal keseimbangan tubuhnya lalu jatuh pula terhempap ke atas wanita hamil itu.

Dengan serta-merta, parti tersebut berubah menjadi panik dan beberapa kenalan bergegas bertindak untuk menyelamatkan wanita hamil itu.

Tik Tok 3

Walau bagaimanapun, mereka bernasib baik apabila kandungan tersebut tidak mengalami sebarang komplikasi dan berada dalam keadaan yang baik. Manakala si ibu pula tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Video yang berdurasi selama beberapa saat ini berjaya meraih perhatian netizen apabila mendapat lebih daripada 18 juta tontonan. Rata-rata netizen meluahkan perasaan simpati kepada wanita itu dan berharap semoga si ibu dan kandungannya berada dalam keadaan yang selamat.

@jay.crnt

#genderreveal #ohnono #fail #pregnant #itsagirl?

♬ Capone – Oh No – 由user043998上传

@jay.crnt

Reply to @jay.crnt #itsagirl? #pregnant @alishamonet__

♬ original sound – JaycrnT?‍♂️

 

“Omg! Harap baby tu okay” – Netizen

Tik Tok Komen

Aduhai, happy sekalipun jangan terburu-buru. Nasib kandungan baik-baik je. 

Baca: “Bengang asyik dapat anak perempuan” – Lelaki Belah Perut Isteri Sebab Nak Tengok Jantina Anak

Baca Jantina

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.