Kira-kira dalam hujung tahun lepas, Berita Harian ada melaporkan bahawa ibu negara Indonesia yang sebelum ini di Jakarta bakal berpindah kepada kepulauan Borneo mulai suku pertama 2024.
Menurutnya ia memandangkan Jakarta kini mempunyai 10 juta penduduk dan sering mengalami kesesakan lalu lintas serta banjir dan tahap pencemaran tidak sihat.
Bahkan, dua per lima kawasan di Jakarta itu kian ditenggelami air, ia berada di bawah paras laut dengan sebahagiannya mendap pada kadar 20 sentimeter setahun.
Jakarta tenggelam 2030
Dengan keputusan yang dibuat oleh Jokowi itu, penduduk di Jakarta seperti sudah mula merasakan sesuatu yang seolah-olah memberikan petanda bahawa ibu negara tersebut bakal ditenggelami air.
Di TikTok, ada beberapa penduduk menunjukkan kawasan-kawasan yang mengalami air deras sampai hampir cecah ketinggian tembok dan ada juga yang dah mula melimpah masuk.
Ia membuatkan mereka semakin percaya dengan teori yang mengatakan bahawa Kota Jakarta itu bakal ditenggelami air menjelang tahun 2030 seperti mana yang dilaporkan oleh Kompas sebelum ini.
@rijalmau87 emang bener ya? #jakartatenggelam2030
@samjaridane #kata pak Biden JKT tenggelam 2035 apa benar..
@4kuiam
Melihat video-video tersebut ramai netizen terkejut apabila melihat paras air laut yang dilihat lebih tinggi berbanding tanah, itu sebab lah air laut jadi melimpah memasuki kawasan.
Pada tahun 2019, Harian Metro melaporkan bahawa ada sebahagian tembok konkrit sepanjang 24 kilometer untuk penghadang yang dibina sebelum ini sudah mula merekah dan menunjukkan tanda semakin tenggelam apabila air menyusup melaluinya di kawasan kejiranan berisiko yang tinggi.
Baca : Jakarta Alami Krisis Kekurangan Tanah Kubur, Jumlah Korban COVID-19 Terus Meningkat