Baru-baru ini, seorang wanita @nithiyaraviii ada kongsikan satu rakaman CCTV mendedahkan pengalaman buruk dalam hidupnya semasa menggunakan tandas awam di sebuah pasar raya di Bukit Bintang.
Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berumur berdiri lama di hadapan tandas ketika Nithiya sedang mandi di bilik air di tempat kerjanya itu.
Artikel berkaitan : Gadis Dibelasah Orang Kampung Kerana Mengintip, Cuba Samun Barang Kemas Dengan Teman Lelaki Di Pulau Pinang
Artikel berkaitan : Pengantunan Seksual Adalah Jenayah Di M’sia, Ketahui Tanda-Tanda Amaran ‘Sexual Grooming’ Sebelum Terlambat!
Nithiya menjelaskan kepada WORLD OF BUZZ bahawa dia bekerja secara separuh masa di pasaraya tersebut dan akan selalu mandi di situ sebelum ke tempat kerja lain.
Dalam video tersebut, lelaki kelihatan seperti seorang pakcik itu dilihat seperti sedang mengintai dan cuba buka pintu bilik air tersebut. Katanya, pakcik itu merupakan pekerja penyelenggaraan.
“Saya bagitahu dia untuk tunggu ketika saya di toilet, tapi dia tak nak dengar dan cuba tolak pintu dan cuba nak mengintai.”
Berdasarkan laporan polis yang dibuat, selepas Nithiya keluar daripada bilik air, dia bagitahu pakcik tersebut yang lelaki itu tak patut cuba buka pintu semasa dia tengah mandi. Pakcik tersebut membalas dengan memarahinya dengan mengatakan bahawa Nithiya tak sepatutnya mandi di situ.
Bagaimanapun, Nithiya menjelaskan bahawa tandas tersebut sebenarnya memang dibuka untuk pekerja guna termasuklah mandi. Biarpun Nithiya tak pasti sama ada pakcik tersebut dapat intai dia atau tidak, pakcik tersebut berkeras untuk buka pintu walaupun dia sudah menghalangnya.
Selepas memfailkan laporan polis, dia menghantar mesej kepada pegawai polis untuk bertanyakan tentang status kesnya dan tindakan yang telah diambil terhadap pakcik itu, polis memaklumkan bahawa lelaki itu perlu membayar denda di mahkamah.
Sumber : TikTok, WORLD OF BUZZ