Sudah menjadi satu kebiasaan bagi korang yang suka bergambar pasti akan singgah sebentar di sesuatu ‘lokasi’ yang dianggap menarik untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.
*Walau bagaimanapun, min nasihatkan korang supaya sentiasalah peka dan ada common sense sebelum ‘syok’ nak bergambar ni supaya tidak mendatangkan musibah bukan sahaja kepada diri sendiri malah orang lain juga.
Seperti kejadian yang tular baru-baru ini di media sosial dimana kejadian seorang wanita dari Indonesia ini yang pada awalnya niatnya hanya untuk bergambar, tetapi lain pula yang jadi apabila dia secara tidak sengaja mendatangkan ‘bala tak dijemput’ pula kepada orang lain.
Melalui sebuah klip video yang dimuat naik di akaun Instagram @makasar_info, seorang wanita yang memakai baju belang berwarna biru lengkap bershade kelihatan cuba menaiki sebuah motosikal milik seorang peniaga cendol untuk bergambar.
Wow, gaya dah ada.
Baru nak bergambar, tergolek jatuh motosikal
Namun, moment ‘syok’ bergambar itu tidak sempat bertahan lama apabila situasi yang tidak terjangka berlaku gara-gara sebatang kayu penyendal yang digunakan sebagai ‘stand’ untuk menegakkan motosikal itu terjatuh.
Wanita itu yang kehilangan keseimbangan badan cuba untuk menstabilkan motosikal itu. Namun, usahanya itu gagal apabila motosikal tersebut ‘teroleng-oleng’ ke kiri dan kanan sebelum kedua-duanya jatuh tergolek.
Bukan setakat ‘mereka’ berdua sahaja yang tergolek, malahan hasil jualan penjual cendol itu juga turut terbalik sama dan habis jatuh berterabur ke tanah menyebabkan lelaki itu mengalami kerugian besar.
https://www.instagram.com/p/CJBYE2dMKlm/?utm_source=ig_web_copy_link
Alahai, tak pasal-pasal rezeki terbang melayang.
Netizen luah rasa bengang, buat penjual rugi
Klip video yang tular di media sosial itu berjaya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak wajar wanita itu yang ‘sakan’ hendak bergambar sehingga mendatangkan kerugian pula kepada penjual cendol.
Namun, ada pula netizen yang meluahkan rasa lucu dengan insiden itu sehingga membuat jenaka dengan mengatakan bahawa hasil jualan penjual cendol itu ‘laku keras’ gara-gara wanita itu terpaksa membayar ganti rugi atas segala kerosakan yang dilakukannya itu.
Baca: “Takde otak!” – Ibu Bapa Cetus Kecaman, Sanggup Letak Anak Di Tebing Tinggi Demi Kepuasan Bergambar