in

[VIDEO] Netizen Sebak Lihat Reaksi Lelaki Mualaf, Teruja ‘First Time’ Jumpa Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering memberi ceramah di majlis-majlis ilmu dan platform media sosial, siapa yang tak kenal Ustaz Wadi Annuar?

Baru-baru ini, Ustaz Wadi Annuar didatangi oleh seorang lelaki mualaf ketika dia sedang menyampaikan kuliah secara live di media sosial.


“Saya memang peminat ustaz…” 

Menerusi perkongsian di TikTok ustaz berkenaan, lelaki yang berbangsa Cina itu dilihat mendekati Ustaz Wadi dan memegang tangan ustaz tersebut sambil menyatakan rasa tidak percayanya kerana dapat bertemu dengan penceramah tersebut.

Walaupun sedang menyampaikan kuliah, Ustaz Wadi dilihat peramah dan mengajak lelaki tersebut untuk masuk ke dalam demi memuliakan tetamunya.

@ustazwadiannuarofficial

UWA menerima kunjungan tetamu ketika kuliah.. memuliakan tetamu adalah akhlak yang mulia, bahkan sangat dianjurkan oleh Rasulullah SAW. #ustazwadiannuar #dakwah #islam #sunnah

♬ original sound – Ustaz Wadi Annuar – Ustaz Wadi Annuar

Betul Laila, Ustaz Wadi Annuar… Saya memang peminat ustaz. Saya tengok macam tak percaya. 

“Pertama kali berjumpa. Saya suka sangatlah ustaz. Saya sekarang umur 52 tahun,” katanya dengan teruja sambil memegang wajah Ustaz Wadi dengan rasa tidak percaya.

Lelaki itu difahamkan telah datang bersama isteri dan dua orang anaknya untuk bertemu dengan Ustaz Wadi.

Dalam perkongsian video yang lain dapat dilihat lelaki berkenaan yang bernama Taufik dan keluarganya sangat seronok dapat bertemu dan bergambar bersama Ustaz Wadi.

https://www.tiktok.com/@johnwickmalaysia/video/7194567135476092186?_r=1&_t=8ZW3avrN08Q

“Dia sentuh tubuh Ustaz Wadi… MasyaAllah… macam dia tak percaya” 

Rata-rata netizen yang melihat video itu turut sama berasa sedih dan terharu dengan tindakan lelaki berkenaan apabila dapat bertemu Ustaz Wadi.

Menurut netizen, lelaki itu juga dilihat seperti dalam keadaan tidak percaya kerana akhirnya individu yang sering dia lihat melalui skrin telefon atau TV itu berada betul-betul di depan mata.

Air Mata Sedih Ustaz Wadi

Min pun terasa sebak sama bila tengok. Semoga mualaf tersebut terus istiqamah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. 

Baca: “18 tahun kot saya pernah makan babi” – Gadis Mualaf Ceritakan Auta Disebalik Restoran ‘Serve No Pork’

Pork

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.