Isu pemandu tak suka bagi signal ketika nak tukar lorong atau nak keluar masuk simpang ni memang dah jadi satu masalah yang tak ada jalan penyelesaian kan? Kecuali…atas common sense pemandu itu sendiri.
Tapi, isu kali ni pelik sikit. Satu perkongsian di laman TikTok oleh @rukiacosplayer ini telah menarik perhatian ramai netizen berkenaan dengan isu tak bagi signal di jalan raya ni.
Seorang pemandu wanita yang dipercayai membawa pacuan empat roda telah turun daripada keretanya semata-mata untuk ‘sound’ pemandu belakang kerana tidak memberi signal ketika ingin memasuki lorong di kawasan tol.
@rukiacosplayer Sorry I sound so angry I was not having it ? I don’t usually sound like that #karen #dashcammalaysia #roadbully
Tetapi yang menjadi masalahnya bukanlah pemandu kenderaan belakang itu kerana jika dilihat, dia memang sudah berada di jalan atau lorong yang betul. Wanita itu yang masuk dari lorong kiri ke kanan.
Menurut video tersebut, sedikit pertengkaran telah berlaku antara wanita itu bersama pemandu kenderaan belakang.
“Ko tak pernah belajar memandu ke?”
Walau bagaimanapun, tindakan pemandu tersebut yang membalas dan marah balik wanita berkenaan telah mengundang rasa puas hati dalam kalangan netizen di ruangan komen.
Dalam masa 4 jam sahaja, perkongsian video ini telah pun mendapat jumlah tontonan sebanyak 380.2 ribu penonton.
Nasib baik tak bergaduh teruk dekat tol tu. Kalau tak, lagi lah huru-hara. Macam-macam lah perangai pemandu dekat Malaysia ni…