Dalam hidup ni tak kiralah kita hidup susah atau senang mesti akan ada dugaannya. Orang susah dugaannya adalah untuk mencari rezeki, orang senang dan kaya pula berdepan dengan dugaan untuk terus rendah diri.
Baru-baru ini, satu video yang telah dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok telah mendapat perhatian ramai.
Dalam video tersebut, wanita ini mengatakan ramai yang bertanya adakah ianya berbaloi untuk membeli kereta mewah Lamborghini.
Ekoran ini, dia telah menunjukkan kepada pengikutnya bahawa kereta mewah yang dibelinya itu sebenarnya tak berbaloi sebab bonet kereta tersebut hanya boleh memuatkan wang tunai berjumlah dua juta.
Nak tahu berbaloi atau tak, jom Cikna tunjuk. Hmm… Tak berbaloi, sebab dalam bonet ni muat dua juta, tak berbaloi beli kereta ni, bonet dia kecik. So jangan beli okay Lamborghini ni.”
Manakala di ruangan kapsyen, wanita yang menggelar dirinya Cikna ini mengatakan sekarang dia pening tak tahu nak letak mana wang tunai RM8 juta yang akan dia terima nanti. Amboiiiii
Hmmm tak berbaloi betul, tengok la tu muat 2 juta je duit yang Ayu bagi, nanti lagi 8 juta yang dia kena bayar Cikna nak letak mana?”
“Allah beri nikmat untuk syukur bukan kufur”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah menegur tindakan wanita ini yang dirasakan menunjuk serta turut meluahkan rasa meluat dengan reaksinya.
Bukan itu je, ada juga beberapa netizen yang telah meminta agar pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri melakukan siasatan mereka ke atas wanita ini.
Berani betul eh orang sekarang tunjuk ada banyak duit, tak takut ke?
Baca: “Allah suka kesederhanaan” – Founder Kena ‘Sekolah’ Lepas Show Off Telekung Harga RM16k