Rasanya tak perlu nak dijelaskan lagi tentang masalah parking kenderaan merata tempat di Malaysia ini, ia tidak akan menjadi isu jika tidak menganggu pengguna lain tapi kalau dah sampai macam dalam video dari Twitter ini, boleh dikatakan agak keterlaluan!
Bas terpaksa berhenti tepi jalan
Video yang dikongsikan oleh @fazleyff ini menunjukkan pemandu yang meletak kenderaan merata di kawasan perhentian bas.
Menurut pemuda ini, apa yang membuatkan dia lagi geram adalah, tempat perhentian bas itu menjadi destinasi untuk bas menurunkan penumpang. Jadi, disebabkan kenderaan yang telah menghalang laluan, bas terpaksa berhenti di tepi jalan untuk menurunkan penumpang.
Jika diperhatikan video tersebut, kejadian itu berlaku seperti di Putrajaya.
Saya menyampah bila kereta park di perhentian bas, menyebabkan bas terpaksa berhenti di tepi jalan, membahayakan jalanraya dan tak selesa bagi penumpang terutamanya OKU.
Jika mahu ramai orang naik penganglutan awam, ia perlu selesa. Isu ini perlu ambil tindakan @putrajayacorp pic.twitter.com/16OXwznPA8
— surreal putrajayan (@fazleyff) November 11, 2021
Katanya lagi, disebabkan bas terpaksa berhenti di tepi jalan, ia akan membahayakan nyawa pengguna dan membuatkan penumpang-penumpang OKU rasa tidak selesa.
Netizen yang melihat video ini turut merasa geram dan marah dengan sikap pentingkan diri sendiri si pemilik kereta yang parking di kawasan tersebut.
Selfish – Netizen
Dalam pada itu, lelaki ini juga menggesa agar tindakan sewajarnya diambil kepada pemilik-pemilik kenderaan yang telah membuat ‘gangguan’ ini.
Baca : “Padan muka” – [Video] Ramai Netizen Puas Hati Tengok Kereta Park Tepi Jalan Kena Sagat Dengan Bas