Sebelum ini, seluruh warganet mengetahui tentang kisah percintaan pelakon, Janna Nick bersama kekasih hatinya Dini Schatzmann dan telah menjadi bualan mulut netizen apabila mereka dikatakan telah ‘break’ setelah pelakon dan penyanyi itu berkongsi status di media sosial.
Setelah memberitahu yang mereka telah berpisah, Janna telah memuat naik beberapa gambar dan video yang menunjukkan dirinya dalam fasa ‘healing’ selepas putus cinta dengan kekasihnya serta dilihat pergi bercuti seorang diri ke Itali.
Baru-baru ini, nama Janna Nick sekali lagi menjadi bualan warganet apabila dia berkongsi sebuah gambar yang memaparkan dia sedang berbaring dengan seorang lelaki di atas katil sehingga membuat netizen berasa kurang senang.
https://www.instagram.com/p/Cl4zP1nvS_i/
Walaubagaimanapun, penyanyi ‘Gatal’ itu tidak mendedahkan wajah lelaki tersebut dan hanya mukanya sahaja yang dilihat sedang berpandangan antara satu sama lain.
Netizen telah meninggalkan beberapa komen yang meluahkan rasa tidak senang mereka melihat gambar yang dimuat naik oleh Janna itu dan mendakwa lelaki tersebut adalah Dini.
“Cinta tulus aku semaikan, #mentaricinta,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Difahamkan bahawa ‘Mentari Setia” adalah judul single terbaharu selebriti berusia 27 tahun itu yang bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat ini.
https://www.instagram.com/p/Cl7aPZpDyD-/
Apa kata netizen?
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang melihat aksi yang ditunjukkan oleh aktres berkenaan dan ada yang mengatakan Janna menggunakan aksi putus cinta itu sebagai propaganda dan gimik untuk melancarkan single terbaharunya.
Eh jadinya memang betul ke semata-mata untuk gimik ni?
Baca : Warnakan Rambut Jadi Ungu, Janna Nick Dikatakan ‘Healing’ Putus Cinta Di Itali?