Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa akhirnya telah mengaku bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.
Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkata dia memilih untuk berkongsi mengenai perkara itu susulan ramai yang mulai melihat perubahan fizikal pada dirinya.
Menurut Neelofa lagi, kehamilannya kali ini dikatakan lebih mudah berbanding anak pertama dahulu.
https://www.instagram.com/p/CpwhM8vPUbR/
“Iya, doakan yang terbaik buat saya. Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Usia kandungannya kini sudah ‘half way to go’.”
“Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih kecil lagi. Tapi syukur semua mendoakan saya,” kata Neelofa.
Mengulas tentang jantina anak keduanya itu, Neelofa memberitahu, dia tidak kisah asalkan anaknya sihat dan dia kini sedang melakukan persiapan bagi menyambut cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Tambah Neelofa, dia amat bersyukur kerana dia tidak mengalami alahan teruk sejak kelahiran anak pertama kerana dia mempunyai kenalan yang tidak boleh bangun daripada katil kerana mengalami alahan masa mengandung.
Dalam pada masa yang sama, bercakap tentang kelakuan Bilal yang bakal menerima adik, Neelofa bersyukur anaknya tidak banyak meragam.
“Bilal okay sahaja sebab dia sudah besar dan makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak dapat adik,” ujarnya.
Terdahulu, ada video yang telah menimbulkan spekulasi di kalangan netizen apabila menampakkan perubahan pada bahagian perut Neelofa tular dalam laman sosial.
Ohhhh apapun tahniah buat Neelofa dan keluarga!
Sumber : Media Hiburan, Boom!, Berita Harian
Baca : Tawar Pakej Umrah VVIP Bersama Neelofa & PU Riz, Netizen Terkejut Harga Cecah RM35,000 Seorang