in

[VIDEO] Modus Operandi Baru, Lelaki Cuba Sangkut Paku Pada Motor Untuk Bocorkan Tayar Kereta Sebelah?

ft motor paku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun ianya berlaku di negara jiran, ia boleh dijadikan panduan buat kita terhadap modus operandi terbaru penjenayah dalam melakukan sesuatu yang tidak diingini di atas jalan raya.

Satu video kini sedang tular di Indonesia berkenaan seorang penunggang motosikal meletakkan paku pada motornya dan dilihat lelaki itu seperti sengaja memberhentikan motornya di sebelah kenderaan pacuan empat roda itu dengan begitu rapat.


Ia seakan-akan cuba membuat tayar kenderaan di sebelahnya itu bocor dan dikatakan berniat jahat. Perbuatan itu telah dirakam oleh pengguna jalan raya lain dan tular sehingga meraih hampir 4,000 jumlah perkongsian dalam masa 16 jam.

Biarpun waktu dan lokasi masih belum dikenalpasti, menurut sumber di Twitter, ada kemungkinan ia mungkin satu taktik untuk pelaku melakukan satu perkara yang tidak elok. Perkara ini membuatkan ramai netizen jadi gerun dan sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya.

Susulan tular video ini, ada di kalangan netizen memohon agar pihak berkuasa negara tersebut melakukan siasatan terhadap isu itu.

Screenshot 2023 06 23 135750

Screenshot 2023 06 23 135727

Screenshot 2023 06 23 135703

Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada ancaman ini dan diharap boleh alert kalau nampak ada motor yang agak mencurigakan jika berhenti rapat dan di tempat-tempat sunyi.

Baca : “Kalau accident macam mana?” – Individu Tabur Paku Atas Jalan Buat Netizen Bengang

tabur paku jalan 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.