in

[VIDEO] Merajuk Tak Kena Tempat, Lelaki Baring Tengah Jalan Sebab Gaduh Dengan Girlfriend

page2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, mana-mana pasangan pun pasti ada pasang surutnya. Ada masanya semuanya manis, semuanya indah belaka. Tapi kalau time bergaduh, mula lah ada yang tarik muka, ada yang merajuk.

Bukan nak stereotype, tapi biasanya kaum hawa yang dilihat lebih banyak merajuk atau makan hati dengan pasangannya. Tapi macam yang orang cakap, lelaki ni kalau merajuk, lagi lain macam ragamnya.


Contohnya macam satu kes di Indonesia yang viral baru-baru ini, di mana seorang lelaki bertindak untuk baring di tengah jalan raya selepas merajuk dengan pasangannya. Ah sudah…

https://www.instagram.com/p/CXaEv1Rswew/

Sanggup baring tengah jalan

Klip berdurasi 19 saat itu dikongsi melalui akaun Instagram Fakta Indo, di mana lelaki itu dikatakan bertengkar dengan pasangannya yang berbaju kuning, juga dilihat dalam video tersebut. Bergaduh apa lah agaknya sampai baring tengah jalan tu…

Melalui video tersebut, wanita bertudung putih itu dilihat cuba memujuk pasangannya yang bertindak luar kawalan itu, namun lelaki itu tidak berganjak dari jalan raya itu.

Untuk mengelak perkara itu berlarutan, dua orang lelaki menghampiri pasangan itu untuk memujuk pemuda tersebut yang akhirnya bangun dan beredar dari jalan raya itu. Buat jalan jem je abang ni.

Pasangan itu bagaimanapun dilihat kembali bertikam lidah selepas kejadian itu. Ada baiknya mereka sambung bertengkar di tempat lain yang tak melibatkan orang ramai. Ini kerana selepas lelaki itu bangun, jalan raya itu kembali penuh dengan kenderaan lalu lalang.

Apa kata netizen?

Klip rakaman itu menerima lebih 300 ribu tontonan dalam tempoh satu hari, di mana rata-rata netizen beranggapan bahawa tindakan pemuda itu menyusahkan pengguna jalan raya. Orang kalau dah emosi, baring tengah jalan pun dia sanggup…

WhatsApp Image 2021 12 14 at 13.03.34WhatsApp Image 2021 12 14 at 13.03.34 1

Nampak gayanya, kalah perempuan punya merajuk kalau macam ni. Korang pulak macam mana? Partner korang kuat merajuk jugak tak?

Sumber: Suara dan Instagram

Baca: [VIDEO] Viral GF Menangis Lepas Kena Soal ‘Kenapa Beli Air Mahal’, BF Akhirnya Buka Mulut

4 4

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.