Selain daripada Khairul Aming, Dapur Che Sayang juga menjadi pilihan utama netizen untuk mendapatkan idea dalam menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Dipendekkan cerita, Che Sayang ada kongsikan resepi ‘Cottage Pie’ di media sosialnya baru-baru ini..
Bagaimanapun, ada netizen dari laman sosial X, menegur video masakan tersebut yang dianggap ‘tidak asli’ dan resepi yang disajikan itu salah.
Artikel berkaitan: Alami Sakit Perut, Muntah Dan Cirit-birit, 16 Pengunjung Taman Rekreasi Che Minah Sayang Dijangkiti Rotavirus
Artikel berkaitan: “Saya berbuka air kosong”- Dr Rafidah Tegur Video Air Manis Khairul Aming & Che Sayang Undang Pelbagai Reaksi Netizen
“Video western memanjang salah”
Dah masuk trimester ke-2 berpuasa ni, kalau rasa macam nak try berbuka puasa selain nasi korang boleh buat Cottage Pie. Selamat mencuba 😁 pic.twitter.com/DzsQIphw1x
— Che Sayang Kitchen (@CheSayang_) March 1, 2026
Difahamkan, netizen tersebut sebelum ini pernah menegur seorang pempengaruh masakan lain yang cuba membuat resepi yang sama.
Malah, netizen tersebut ada memberikan soalan sinis dengan mendakwa sama ada pempengaruh itu ada jadikan Che Sayang sebagai rujukan untuk membuat resepi Cottage Pie ini. Dakwanya, segala menu-menu barat yang dikongsikan itu tidak asli seperti mana resepi asal.


Difahamkan, ini bukanlah kali pertama individu tersebut menegur resepi-resepi yang dibuat oleh Che Sayang, tahun-tahun sebelum ini juga ada.
Teguran yang dibuat secara terbuka itu telah mengundang pelbagai reaksi, ada yang menyokong keterangannya dan ada juga yang menentang kerana lebih memihak kepada Dapur Che Sayang.
Menerusi Threads, Dapur Che Sayang atau nama sebenarnya Abdul Qayyum Halid, ada tampil memberikan respon terhadap isu ini selepas netizen yang memihak kepadanya tampil bersuara.
Saya dah reda – Dapur Che Sayang

Malah, Dapur Che Sayang turut memberikan kata-kata penghargaan kepada mereka yang menyokongnya. Namun begitu, Dapur Che Sayang juga bersikap terbuka untuk menambah baik dan akan lebih teliti dalam membuat sebarang perkongsian resepi.
“InsyaAllah next time, saya akan lebih teliti dalam perkongsian. Tapi matlamat utama tetaplah nak berkongsi sesuatu yang memudahkan orang. Bila dapat tahu ramai yang dapat manfaat, rasa terharu sangat.”
Malah, Dapur Che Sayang juga turut menyatakan bahawa dirinya bukanlah individu yang datang daripada latar belakang masakan. Banyak yang perlu dipelajari dari semasa ke semasa.
