in

[Video] “Macam ‘superwoman’ – Detik-detik Cemas Ibu Selamatkan Dua Anak Beberapa Saat Sebelum Kereta Mereka Meletup

Feat 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahu, panik admin bila tengok video ibu ini cuba selamatkan dua anaknya yang masih kecil beberapa saat sebelum kereta mereka naiki meletup.

https://www.facebook.com/michel.milian.9/videos/2397545733613643/


Menurut Mirror, kejadian cemas ini berlaku di Canberra, Australia. Dalam video kat atas ni, korang boleh tengok asap putih keluar dari pintu kereta sambil ibu panik yang sedang mendukung anaknya cuba mengeluarkan seorang lagi anaknya yang masih bayi mungkin sedang duduk di dalam car seat di tempat duduk belakang.

Nasib baik, tindakan pantas ibu ini sempat membawa kedua anaknya jauh dari kereta beberapa saat sebelum ia meletup.

Jk

Menceritakan semula pengalaman ngeri yang hampir meragut nyawa dua anaknya, Catherine Meyes memberitahu bateri kereta yang baru dibelinya terbakar ketika dia baru meletakkan kereta di sebuah taman.

“Saya cepat-cepat bawa Tommy keluar. Semasa saya bawa Tommy keluar, bateri meletup dan mengeluarkan asap yang banyak dan api mula merebak. Jadi saya cepat-cepat berlari untuk mengeluarkan Hunter. Saya seperti berada dalam ‘mode autopilot’ dan dalam fikiran saya, saya perlu selamatkan anak-anak saya.”

Saya bersyukur kejadian ini berlaku bukan semasa saya sedang memandu dan saya boleh berfikir untuk cepat-cepat keluarkan anak saya dan bawa mereka jauh dari bahaya.”

Pasangannya, John Stasik mengatakan tindakan Catherine ini seperti “superwoman” kerana berjaya keluarkan anak-anak mereka dengan cepat.

Kalau korang tahu, bateri kereta ni meletup mungkin sebab dibiarkan tengah panas sebab amaran dekat bateri tu ada tulis “jauhkan dari matahari – boleh meletup”.

Memang dahsyat tindakan wanita ni, tak semua orang boleh berfikiran pantas bila kecemasan macam ni berlaku.

 

Baca: Wow! iPhone 8 Wanita Ini Masih Berfungsi Walaupun Kereta Meletup dan Terbakar!

Screenshot 2019 04 08 At 4.06.26 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.