in

[VIDEO] Lelaki Tular Lepas Dirakam Rosakkan Bendera BN Dan Maki Orang Awam

makia
Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Lelaki Tular Lepas Dirakam Rosakkan Bendera BN Dan Maki Orang Awam
Loading
/

Dengan pembubaran parlimen pada Sabtu (7 April 2018) yang lalu, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin hari semakin dekat. Bila dah musim pilihan raya ni, banyak bendera parti akan digantung dan dikibarkan sepanjang jalan sebagai tanda sokongan pada parti masing-masing.

Tapi bagi yang tak menyokong pulak, mungkin boleh jadi macam kejadian di Taman Tun Dr Ismail ni. Menurut Harian Metro, seorang lelaki telah dirakam sedang merosakkan bendera parti Barisan Nasional (BN) yang diletakkan di sepanjang jalan kawasan tersebut.

r1
Sumber: Facebook

Dalam rakaman video berdurasi 14 saat dipercayai dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang melalui Jalan Burhanuddin Helmi, lelaki tidak bertanggungjawab tersebut dilihat sedang mencabut, membuang dan mematahkan bendera BN di tepi jalan tak jauh dari Balai Polis TTDI.

Sedar yang kelakuan buruknya dirakam, lelaki tersebut tiba-tiba mengeluarkan kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat lucah kepada individu yang merakam kejadian tu. Sambil beredar dari situ, lelaki itu dilihat masih mencabut bendera-bendera yang dipasang di sekitar kawasan tersebut.

djsljl
Sumber: Facebook
alskals
Sumber: Facebook

“F*ck off man!” kata lelaki tersebut memaki tindakan perakam.

Selepas mengetahui tentang hal tersebut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segambut Ahmad Baidzawi Saleh Hamdi mengatakan bahawa pihak mereka telah membuat laporan polis terhadap lelaki tak dikenali itu.

“Kami mewakili UMNO Bahagian Segambut mengecam tindakan lelaki terbabit yang melakukan perbuatan itu sebagai satu bentuk provokasi dipercayai boleh menghuru-harakan keadaan selepas Parlimen dibubarkan,” kata Baidzawi.

adq
Sumber: Facebook

“Bayangkan jika ada pihak yang tidak puas hati dengan tindakannya, kita percaya berkemungkinan akan wujudnya tindak balas daripada pihak lain sehingga berlaku pergaduhan”

Menurut Baidzawi lagi, ini bukan kali pertama bendera atau sepanduk BN dirosakkan di Segambut. Sebelum ini kejadian yang sama pernah berlaku di Bandar Manjalara, namun ini kali pertama kelakuan seumpama itu dirakam.

sjoIASJLA
Sumber: Facebook

Setiap orang ada parti masing-masing untuk disokong. Tapi kalau korang tak suka dengan parti lawan, jangan la sampai buat macam ni, Memalukan parti yang korang sokong je. Tunjukkan sokongan korang dengan cara yang sihat dan jangan lupa keluar mengundi!

Tonton video lelaki tersebut rosakkan bendera kat sini:

Sumber: Facebook

Baca: “Haram rosakkan undi. Tidak mengundi dan tak daftar sebagai pengundi juga haram…”

hasodhod