in

[VIDEO] Lelaki Menyamar Sebagai Wanita Tua, ‘Tepek’ Kek Pada Lukisan Mona Lisa

Untitled design 2022 05 31T120510.401

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mona Lisa merupakan sebuah karya agung lukisan Leonardo Da Vinci pada abad ke-15, lukisan itu kini disimpan di Muzium Louvre, Paris, Perancis.

Karya tersebut sangat popular kerana hasil seninya menampakkan lukisan itu seperti bernyawa dan lukisan ini disebut-sebutkan sebagai lukisan “paling dikenali, paling dikunjungi”.


16539247278640

Selain itu, lukisan ini merupakan antara lukisan potret yang pertama yang menggambarkan model di depan landskap bayangan pelukis dan Leonardo merupakan antara pelukis yang pertama yang menggunakan perspektif ‘udara’ dalam lukisan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana seorang yang kelihatan menyamar sebagai wanita tua di atas kerusi roda telah ‘menyerang’ lukisan Mona Lisa dengan mencalitkan kek pada lukisan tersebut.

Siap menyamar sebagai wanita tua berkerusi roda!

Orang ramai berkata, seorang “lelaki berpakaian seperti wanita tua” itu bangun dari kerusi roda di Louvre, Paris sebelum cuba memecahkan kaca pelindung di hadapan lukisan Leonardo da Vinci itu.

Pihak galeri menjelaskan pelaku itu dapat mendekati potret tersebut kerana dia “mensimulasikan ketidakupayaan”, di galeri tersebut, mereka yang kurang upaya seperti warga emas atau mereka yang berkerusi roda akan dapat melihat karya-karya dengan lebih dekat.

Menurut laporan Sky News, seorang lagi saksi berkata, pelaku itu kemudiannya menyapu kek pada kaca dan membaling bunga ros merata-rata sebelum ditahan oleh pihak keselamatan.

“Fikirkan tentang planet ini… ada orang yang memusnahkan planet ini, fikirkan tentang itu … Itulah sebabnya saya melakukannya.”

Dalam rakaman berasingan, pelaku itu menjerit kata-kata yang memberi ‘kesedaran’ tentang alam sekitar kepada orang ramai sebelum dibawa keluar dari muzium tersebut.

Bagaimanapun, pihak Louvre berkata lukisan yang dianggap sebagai karya agung Renaissance Itali, tidak mengalami sebarang kerosakan.

Hmm, apa yang difikirkan tu ya?

Baca: Pelajar Sekolah Rendah Buat Protes Lepas Kantin Hentikan Jualan Susu Coklat

Untitled design 2022 05 31T120242.299

Sumber: MARCA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.