in

[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Alih Suara ‘Abang Aziz’ Bahasa Jepun Buat Ramai Berdekah!

Fi Aa Full

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti pernah tengok kan video viral ‘Abang Aziz jatuh bot’? Video yang hanya berdurasi 34 saat itu mampu buat ramai terhibur dengan reaksi seorang wartawan TV3, yang ketika itu terkejut dengan rakan sekerjanya yang tiba-tiba jatuh dari bot semasa membuat tinjauan di kawasan banjir di Setiu, Terengganu.

Video itu pernah tular pada sekitar penghujung tahun 2018 sehingga ditonton berulang kali dan ada juga yang menjadikannya sebagai video parodi. Dengan menggunakan loghat Terengganu, video ini mampu menghiburkan rakyat Malaysia.


Tapi, korang pernah tak terfikir yang video tu dialih suara ke bahasa Jepun? Agak-agak lagi kelakar tak daripada yang asal? Kalau korang nak tahu, cuba tengok video dekat bawah ni.

@arashi_nebula

I’m so lazy to make the English sub so.. yah~ I’m so gomen if you don’t understand it.#meme #fypシ゚viral #japanesedub #malaysia #fyp

♬ original sound – 🌺noyadayooon🍥 – Arashi Nebula🍞HOSHIZORA🍞

Video berdurasi 33 saat yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @noyadayooon ini telah pun berjaya menghiburkan 550.3 ribu penonton!

“Allahuakbar! Aziz Onichan!!”- Noyadayooon

Walaupun tidak menggunakan 100% daripada dialog asal, tetapi video itu tetap mampu membuat ramai yang terhibur dengan alih suara ke Bahasa Jepun tersebut terutamanya apabila nama Abang Aziz itu diubah kepada Aziz Onichan. Rasa macam tengah tengok anime!

Komen Aa Full

Rupa-rupanya, pemilik video ini dah banyak buat alih suara ke Bahasa Jepun untuk anime-anime popular. Jealous betul min orang yang pandai cakap bahasa asing ni. Lepas ni boleh lah buat japanese dub video viral lain pula! Hehehe 

Baca: The power of makeup-Cantik Persis Watak Anime, Cosplayer Ini Sebenarnya Lelaki Berusia 30 Tahun

Baca Aa

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.