in

[VIDEO] Lelaki Diberkas Polis P*kul Kanak-kanak Perempuan Guna T*kul Besi Di Kepala

kena pukul guna tukul besi

Ngeri! 

Seorang lelaki telah diberkas polis selepas disyaki memukul seorang kanak-kanak perempuan menggunakan tukul besi dalam satu insiden yang berlaku di Flat Ungku Tun Aminah, Johor Bahru pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara,  Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata, polis telah mengesan rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial memaparkan kanak-kanak perempuan berkenaan mengalami pendarahan di kepala.

bhtukul 1753751340

Pada Sabtu lalu kira-kira jam 5.19 petang, Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa bahawa anak perempuannya diserang seorang lelaki menggunakan tukul besi.

“Bertindak atas maklumat, pada hari yang sama kira-kira jam 7.25 malam sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun di kediamannya di sekitar Johor Bahru,” katanya.

Menurut pihak polis, mangsa adalah kanak-kanak perempuan tempatan berusia 12 tahun dan telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan parah membabitkan koyakan pada kulit kepala serta bengkak pada tangan akibat serangan terbabit.

Artikel berkaitan: Polis Buru Individu Pukul Pemandu Lori Di Plaza Tol

Artikel berkaitan: Disyaki Pukul Lelaki OKU Kes Langgar Gerai Di Pasar Tani, 3 Individu Ditahan

Dalam video rakaman CCTV berdurasi 2 minit tersebut, ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di bahagian bawah flat sebelum seorang kanak-kanak meraung kesakitan dengan kepalanya dilihat berlumuran darah. Kanak-kanak itu kemudian dilihat melarikan diri dengan menaiki lif.

Dalam pada itu, Balveer Singh juga berkata, hasil semakan mendapati suspek memiliki pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah, dan ujian air kencingnya mendapati dia positif dadah.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman tujuh hari bermula Ahad lalu hingga 2 Ogos ini,” katanya lagi.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda merbahaya.

Sumber: Berita Harian, Facebook

Sumber: BH