Seorang lelaki menyuarakan rasa tidak puas hati dan berang apabila melihat suasana di sekitar kawasan Pasar Selayang dipenuhi peniaga warga asing.
Dalam video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @sophianmohdzain4, individu tersebut mempersoal mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap lambakan warga asing yang berniaga di situ.
Dia mulanya menunjukkan papan tanda yang melarang aktiviti perniagaan dijalankan di bahu jalan. Kemudian dia mempersoalkan kenapa warga asing dibenarkan melakukan perkara yang dilarang.
https://www.tiktok.com/@sophianmohdzain4/video/7199650697762098458
“Dilarang menjaja di kawasan bahu jalan, ini bukan mereka meniaga. Ini mereka buat macam mak bapa punya negara, dia letak peti ais, dia buat kedai makan, dia pacak khemah, tiada tindakan.
“Jalan dia halang, lagi memalukan ada trak penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang, tapi kenapa tak angkat?” katanya dalam video tersebut.
Dia juga mengatakan sekiranya perkara tersebut dilakukan oleh rakyat Malaysia, pihak berkuasa akan mengambil tindakan dengan segera, namun sebaliknya pula berlaku jika dilakukan oleh warga asing.
Video tersebut turut meraih perhatian netizen, rata-ratanya meluahkan rasa kecewa dengan situasi terkini di pasar itu dan berharap pihak berwajib memandang serius isu ini.
Sebahagian pula risau akan keselamatan lelaki tersebut yang bertindak berani menyuarakan isu peniaga asing di situ kerana mendakwa golongan terbabit ‘dijaga’ oleh kumpulan samseng.
Susulan video tular itu, Penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang datang ke lokasi kejadian melakukan soal siasat dan melihat beberapa barangan yang dijual.
Baca: Wanita Warga Asing Kerja Tukang Cuci Tapi Bila Malam ‘Jual Diri’