Semalam, kita digemparkan dengan sebuah berita mengenai jambatan gantung yang berada di Gujarat, India telah runtuh selepas baru beroperasi selama 5 hari setelah dibaik pulih.
Sekurang-kurangnya, 132 orang disahkan maut selepas jambatan kabel itu runtuh ke dalam Sungai Machchhu, Gujarat, India, lapor Berita Harian.
Jambatan sepanjang 233 meter itu dibina pada tahun 1880, dan dipercayai berusia hampir 150 tahun itu, mula runtuh dan tenggelam ke sungai dibawahnya.

Pihak berkuasa berkata, anggaran seramai 500 orang berada di lokasi kejadian dan pasukan penyelamat masih menjalankan tugas menyelamat buat masa kini.
Jambatan berkenaan dibuka semula pada Rabu lalu selepas menjalani kerja baik pulih selama tujuh bulan, namun masih belum mendapat kelulusan yang mengesahkan ia selamat untuk beroperasi.
Sebuah video telah tular di media sosial yang menunjukkan suasana huru-hara orang ramai yang cuba menyelamatkan diri selepas terjatuh ke dalam air.
#WATCH | Several people feared to be injured after a cable bridge collapsed in the Machchhu river in Gujarat's Morbi area today. Further details awaited. pic.twitter.com/hHZnnHm47L
— ANI (@ANI) October 30, 2022
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa telah melancarkan operasi menyelamat dengan bot dan diver untuk mencari mangsa sehingga lewat malam.
Selain itu, pasukan penyelamat dari daerah lain turut dihantar ke tempat kejadian untuk sama-sama membantu usaha mencari dan menyelamatkan mangsa.
Pihak berkuasa juga telah menghentikan aliran air dari empangan berdekatan untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) setelah paras air berkurangan.

Pasukan mencari dan menyelamat memaklumkan lebih 177 mangsa telah berjaya diselamatkan buat masa ini, lapor BBC.
Perdana Menteri India, Narendra Modi, semasa beliau berada di Gujarat dalam lawatan tiga hari, berkata beliau amat sedih dengan tragedi itu serta mengumumkan pampasan buat mangsa cedera selain waris mereka yang meninggal.
Min harap semua mangsa korban dan cedera dapat dijumpai, kesian diaorang…
Angka yang dicatat adalah sewaktu artikel ini ditulis, dan mungkin berubah dari masa ke semasa.
Sumber : Berita Harian, BBC, India Today
Baca : Insiden Rempuhan Di Itaewon: Rupanya Pernah Banyak Berlaku Di Negara Lain!

