Tidak dinafikan ramai dalam kalangan masyarakat kita sangat teruja untuk pergi ke kenduri kahwin, selain berpeluang menikmati juadah istimewa seperti nasi minyak, nasi beriyani, nasi tomato dengan lauk-lauk yang enak, waktu ini lah peluang bagi kaum wanita untuk ‘melawa’.
Tapi tak sangka pula ia boleh memberi kesan pada segelintir pihak, satu video yang tengah tular di media sosial ini telah membuatkan ramai netizen terhibur apabila melihat seorang lelaki struggle membasuh gelas.
“Lepas ni kena ada makeup remover kat sebelah”
Apa yang membuatkan ramai geli hati adalah, lelaki tersebut berusaha keras untuk menanggalkan kesan gincu yang melekat dekat gelas.
Ginju korang ni kan memang mengalahkan nippon paint. Lepas ni kena standby mekap remover dekat tepi. pic.twitter.com/o3Q1AdEIaR
— AsyrafJr | iPhone Repair (@AsyrafRosli_) February 27, 2023
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur dan terkejut apabila melihatnya, ada juga yang menegur kelakuan pengunjung untuk terus lap jika ada kesan itu selepas minum. Bahkan, ramai kaum wanita yang boleh dapat jangka jenama lipmatte tersebut.
Itu gincu ke cat? – Netizen
Habislah lepas ni katering akan borong makeup remover selain sabun cuci pinggan.
Baca : “Melawak kasar tu” – Ibu Terkedu Tengok Tangan Anak Patah, Didakwa Ditolak Rakan Sekolah