Bila bercakap tentang haiwan peliharaan seperti kucing, mesti ramai yang tahu bahawa gelagat kucing ini ada macam-macam dan ia tentunya akan menghiburkan kita.
Seperti dalam sebuah video yang tular baru-baru ini di Twitter, apabila ada seekor kucing telah menjadikan seekor anjing sebagai kambing hitam.
Dalam video tular yang berdurasi selama 25 saat itu, dapat dilihat terdapat seekor kucing dan dua ekor anjing jenis Husky berada di dalam sebuah bilik sambil menonton televisyen.
Betapa pentingnya ada cctv zaman sekarang, susah dah nak percaya sesapa. pic.twitter.com/VYBSt76KAZ
— Anaz. iDevice Repair (@annazrulan) May 1, 2023
Namun, kucing tersebut yang berada di atas kabinet TV telah bertindak menolak TV tersebut sehingga jatuh ke atas lantai.
TV yang tiba-tiba jatuh itu telah mengejutkan dua ekor anjing yang sedang bersantai di atas katil sambil menonton televisyen.
Salah seekor daripada anjing itu kemudiannya cepat-cepat melarikan diri dengan cara membuka sendiri tingkap yang ada di dalam bilik itu, mungkin kerana tidak mahu dituduh oleh tuan mereka.
Paling kelakar, anjing itu juga menutup tingkap itu kembali sebelum sempat anjing seekor lagi keluar dari bilik berkenaan.
Kucing yang menjadi penyebab TV tadi jatuh pula cepat-cepat lari dan menyorok dalam sebuah kotak yang ada di dalam bilik berkenaan.
Jadi, tinggal lah seekor anjing lagi yang nampaknya telah menjadi kambing hitam dalam kejadian TV jatuh itu kerana tak lama selepas itu, tuan mereka masuk ke dalam bilik.
Nasib baik kejadian itu sempat dirakam oleh CCTV yang dipasang dalam bilik itu sebab tak pasal-pasal anjing yang tak bersalah pula yang dituduh.
Dengan rakaman CCTV tu, dapatlah tuannya tahu siapa sebenarnya yang buat onar.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat haiwan-haiwan tersebut kerana bijak mengelak daripada dituduh menjadi penyebab TV jatuh.
Pandai betul anjing & kucing tu buat konspirasi untuk jatuhkan anjing sekor lagi. Nasib baik ada CCTV kan.
Baca: “Haiwan apa berbulu tuu?’- [VIDEO] Didakwa Ada Kelibat Anjing Dalam Rumah, Netizen Persoal BCL