Sebentar tadi, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan untuk membebaskan isteri CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar atas pertuduhan membunuh suaminya.
Hakim Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Samirah dan dua orang remaja yang kini berusia 16 dan 19 tahun, lapor FMT.
Sebelum dibebaskan, terdapat video yang dimuat naik oleh The Star menunjukkan peguam yang mewakili Samirah dan dua remaja, S Suresh dilihat telah terlibat dalam pergelutan di luar mahkamah bersama beberapa jurugambar.
Suresh yang menemani Samirah dan beberapa peguam lain untuk masuk ke mahkamah telah dikelilingi oleh jurugambar yang cuba mengambil gambar sambil pihak polis meminta wartawan untuk memberikan laluan.
https://www.facebook.com/TheStarOnline/videos/566307228235635/
Dalam video yang sempat dirakam itu, dapat dilihat Suresh telah menolak kamera seorang wartawan di sana sehingga menyebabkan jurugambar tersebut membalas dengan menyepak peguam itu.
Tak cukup dengan itu, ketika Suresh cuba memasuki pintu laluan ke mahkamah, jurugambar yang sama dilihat sekali lagi memukul peguam tersebut sebelum peguam ini menarik kad media yang dipakai dilehernya dan berlaku pergelutan lagi sekali.
Difahamkan, jurugambar tersebut akan membuat laporan polis atas insiden yang berlaku.
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini Samirah, dua remaja dan seorang wanita Indonesia Eka Wahyu Lestari telah didakwa atas pertuduhan membunuh Nazrin di rumahnya di Mutiara Damansara pada 13 Jun 2018 yang lalu.
Baca: Isteri Arwah CEO Cradle Fund Didakwa Terlibat Pembunuhan Suami