Semakin hampir dengan tarikh pilihan raya ni, semakin banyaklah bendera tergantung dan papan iklan yang dinaikkan di merata-rata tempat. Muka calon-calon dari setiap parti bertanding akan terpampang di setiap pelusuk negeri termasuklah di Ayer Hitam.
Tapi apa yang lainnya kat Ayer Hitam ni, salah satu papan iklan kat sini berlubang kat tengah-tengah, lapor Malaysiakini. Eh kenapa pulak?
Gambar Dr. M di papan iklan tiba-tiba kena potong
Papan iklan tu terletak di Jalan Utama 1, Yong Peng dan menunjukkan gambar dua orang calon bertanding, Liew Chin Tong dan Hew Peck Choo. Di tengah-tengah di antara mereka adalah gambar Dr. Mahathir, bekas perdana menteri Malaysia.
Tapi lepas tu tiba-tiba seorang pegawai penguat kuasa datang dan potong gambar Dr. Mahathir daripada papan iklan tersebut dalam masa tak sampai seminit. Khabarnya papan iklan tu tak boleh letak muka Dr.Mahathir.
“Kami diberitahu yang papan iklan kami tidak boleh diletak wajah Dr. Mahathir dan pegawai penguat kuasa dah tetapkan untuk kerat muka Dr. Mahathir dari billboard,” kata Liew.
Pegawai yang bertindak memotong gambar tu pun tidak dapat dipastikan sama ada dari SPR atau ahli majlis tempatan. Waktu gambar dipotong, terdapat sebilangan individu yang kedengaran seronok bersorak.
Garis panduan baru SPR, hanya boleh pamer dua pemimpin
Menurut panduan baru SPR, mereka menyebut bahawa seseorang calon hanya boleh tampilkan gambar dua pemimpin parti politik sahaja iaitu presiden dan timbalan presiden, atau mereka yang setaraf, pada bahan kempen, selain foto calon yang berkenaan.
Bagi kedua-dua pemimpin kanan itu pulak, mereka mesti dari parti yang diwakili oleh calon tersebut. Gambar pemimpin lain dilarang sama sekali.
Melihatkan insiden tu, Liew mempersoal tindakan tersebut dan menganggapnya mengarut dan tak masuk akal.
“Kenapa kita tak boleh letak gambar Dr. Mahathir? Dia calon perdana menteri Pakatan Harapan,” kata Liew.
Laaah, sebab ada panduan baru la ni kena potong tiba-tiba? Tak pasal-pasal muka Dr. M kena potong macam tu. Kan dah berlubang tengah-tengah, pelik pulak nampak. Kalau ada peraturan baru, better maklumkan awal-awal supaya tak jadi benda macam ni.
Tengok video muka Dr.M kena potong kat sini:
Sumber: Facebook
Baca: “Dr. M layak dapat anugerah pelakon terbaik Academy Awards. Orang macam ni tak boleh pakai” – Najib