in

[VIDEO] Keluarga Dah Duduk 40 Tahun, Wanita Sebak Diusir & Rumah Dirobohkan Pihak Berkuasa

Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tidak sedih tempat berteduh selama berpuluh tahun hilang sekelip mata.

Begitulah yang dialami oleh sebuah keluarga ini apabila rumah yang didiami hampir 40 tahun dirobohkan pihak berkuasa.


Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @bulat_legends, kelihatan seorang wanita yang dipercayai penghuni rumah itu berasa sebak apabila terpaksa melihat kediamannya dirobohkan dan barang-barang rumahnya dikeluarkan.

https://www.tiktok.com/@bulat_legends/video/7179447324832189723?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7179447324832189723

Berdasarkan kapsyen, difahamkan rumah tersebut dibina atas tanah berstatus lesen pendudukan sementara atau TOL.

Menurut individu yang berkongsi video itu, pemilik rumah sudah membuat permohonan kepada pejabat tanah berhubung status tersebut namun urusan untuk mendapatkan geran gagal.

“Setelah hampir beberapa puluh tahun duduk, dah mohon dengan pejabat tanah untuk TOL, akhirnya yang berduit dapat geran dulu, sebab ada yang tidak amanah.” katanya.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dengan rata-ratanya turut bersimpati dengan situasi yang berlaku.

Rumah Roboh 1

Netizen turut meminta pendakwah bebas Ebit Lew dan pengendali platform Founder Misi yang giat menjalankan Misi Rakyat untuk tampil membantu keluarga berkenaan.

Rumah Roboh 2

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan keluarga tersebut kerana pihak berkuasa juga mempunyai hak untuk merobohkan rumah itu dan sepatutnya mereka berusaha mencari tempat tinggal lain kerana mengetahui tanah yang diduduki adalah berstatus sementara.

Baca: “Kan dah mendapat” – Viral ‘Renovate’ Rumah Flat Macam Rumah Teres, MPAJ Datang Robohkan?

Collage 33

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.