Bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan yang agak padat, masalah tempat letak kereta ini boleh dikatakan sebagai antara masalah yang tidak ada jalan penyelesaian.
Walaupun hakikatnya, ia sesuatu yang boleh diselesaikan dengan penuh timbang rasa, tetapi ada segelintir pihak yang sekadar ingin melepaskan ‘tengkuk’ sendiri.
Jadi, apa yang korang boleh lakukan jika terperangkap dalam situasi tersebut?
Perkongsian seorang peguam di TikTok yang dikenali sebagai A’minahtul Mardhiah menyatakan apa yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai jiran yang meletakkan kereta sehingga boleh mengganggu orang lain.
@aminahtulmardiah #answer to @Hges jiran parking merata? #tahukahanda #tiktokguru
Pertama sekali, peguam tersebut memberitahu agar cuba elakkan sebarang pergaduhan, ini kerana ia boleh menjejaskan kedua-dua belah pihak dan peguam tersebut mengesyorkan untuk menyelesaikan dengan cara baik.
Pun begitu, jika masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan cara baik, peguam itu memberitahu mangsa boleh melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis dan kes boleh didakwa di bawah akta pengangkutan jalan Seksyen 48(1) yang memperuntukkan hukuman denda RM 1,000 – RM 5,000 atau penjara minimun setahun kerana mengganggu pengguna jalan raya lain.
Selain itu, polis juga boleh mengambil tindakan di bawah akta yang sama Seksyen 48(2) yang memperuntukkan pihak berwajib boleh clam atau tow kenderaan pelaku tersebut.
Ada juga Akta Kesalahan Kecil Seksyen 22 yang memperuntukkan denda RM 50 bagi isu menceroboh sesuatu kawasan.
Jadi, jangan bergaduh dan report kepada pihak berwajib ok?
Baca: [VIDEO] Boleh Ke Polis ‘Check’ Phone Kita? Ini Yang Korang Boleh Buat Jika Diminta Periksa...

