Sehingga hari ini Jamal Yunos dalam pencarian pihak polis dan walaupun dia mengaku tak bersalah serta akan menyerah diri, namun, sampai sekarang semua tu ibarat omong kosong.
Menurut mStar, baru-baru ni ada lagi videonya dimuat naik memaparkan Jamal berlatar belakangkan dinding sambil memberikan amanat dengan memakai T-shirt berwarna biru dan kopiah putih di kepala. Dah insaf ke tuu?
Dalam video berkenaan, Jamal mengucapkan tahniah kepada kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Sungai Besar dan kepimpinan UMNO Cawangan empat peringkat termasuk kepimpinan terdahulu.
Selain itu, dia juga sempat memberitahu ketika ini berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan menjelaskan tentang dugaan yang menimpa dirinya itu.
“Saya ingin memaklumkan apa yang berlaku ini sebenarnya dicipta oleh mereka untuk mengaibkan dan membalas dendam terhadap saya sebelum ini.”
Dia juga memberitahu yang perkara ini terjadi kerana terlalu lantang bersuara sebagai seorang pemimpin.
“Maklumlah, sebelum ini saya mengeluarkan kenyataan-kenyataan pedas dan berbisa… Tentunya, mereka sakit hati mendengarnya, tetapi bagi saya itu adalah pendapat yang perlu saya suarakan sebagai seorang pemimpin, walaupun pemimpin di peringkat bahagian.”
Sementara itu, Jamal memberitahu yang dia masih mempunyai keyakinan bahawa UMNO akan terus maju ke hadapan lagi-lagi dengan wujudnya sistem demokrasi dalam penyatupaduan UMNO Bahagian Sungai Besar.
“Kita mengalu-alukan sistem demokrasi, tetapi di dalam kita memegang dan menyuburkan demokrasi di dalam UMNO itu sendiri, janganlah sampai kita berpecah belah.”
Jamal juga menyatakan kesetiaannya terhadap UMNO dengan menjamin akan terus memberikan khidmat serta mencurahkan bakti kepada UMNO bahagian itu.
“Permasalahan yang saya hadapi ini tidak lama dan yakin dalam waktu yang terdekat ini, saya akan selesaikan kes-kes yang dicipta untuk saya ini.”
Ada-adalah je lah Jamal ni.