in

[VIDEO] Jadikan ‘Janda’ Sebagai Alat Untuk Marketing, Syarikat Ini Teruk Dikecam Netizen

KUTUK VAPE JANDA

Seorang wanita tak kiralah apa pun statusnya hendaklah dihormati dengan sebaiknya sama ada dia seorang yang masih bujang, sudah berkahwin mahupun janda.

Pun begitu, tindakan sebuah syarikat vape baru-baru ini didakwa telah mengundang kritikan netizen apabila menggunakan title ‘janda’ sebagai alat untuk melariskan produk mereka.

Marketing conteng kereta, kutuk lelaki suka janda? 

Isu ini menjadi sebutan netizen selepas tular satu video yang memaparkan sebuah kereta teruk diconteng dengan marker hitam yang memaparkan kata-kata seperti kaki janda, jantan tak guna, hari-hari janda dan sebagainya.

Dapat dilihat juga daripada video itu, perakam cuba menegur pemandu kereta tersebut namun dia kembali dimarahi oleh lelaki berkenaan yang kelihatan tengah berang. Uish garang! 

Walau bagaimanapun, menerusi hasil siasatan netizen mendapati rupa-rupanya video tersebut hanya sekadar marketing kerana terpampang jelas logo pada kereta itu yang merupakan sebuah syarikat vape.

Menurut satu perkongsian di Facebook, kata-kata yang diconteng mengutuk golongan janda itu juga didakwa semata-mata untuk melariskan flavour vape yang baru keluarkan syarikat tersebut.

https://www.facebook.com/1600364034/posts/pfbid08gJxAPczWc3wptsupfXM3bp6eaysFwkQqfUy7RCZbSTedkk47Sr3v8p7R7985aikl/?mibextid=cr9u03

 

“Marketing yang menjatuhkan martabat perempuan” 

Perkara berkenaan ternyata mendapat kritikan netizen yang mana rata-rata mengutuk teknik syarikat vape berkenaan dalam menjalankan marketing.

Menurut netizen, ada banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk melariskan produk dan bukannya dengan cara menjatuhkan martabat seorang wanita meskipun mereka bergelar janda.

janda komen

Haish masih ada yang tak ambil perhatian ye isu marketing murahan macam ni. 

Baca: “Semoga bisnes kamu lingkup” – PU Rahmat Kesal Ramai ‘Founder’ Buat ‘Marketing’ Depan Kaabah

pu rahmat

Sumber: Facebook