in

“Semoga bisnes kamu lingkup” – PU Rahmat Kesal Ramai ‘Founder’ Buat ‘Marketing’ Depan Kaabah

Pu Rahmat Founder Kaabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, kebelakangan ini ramai yang memilih untuk membuat perniagaan produk sendiri terutama sekali dalam bidang kosmetik serta kesihatan, ia menjadi salah satu sumber rezeki yang semakin popular di negara ini.

Pun begitu, pembuatan produk seperti ini harus diteliti oleh badan-badan yang sepatutnya kerana ia melibatkan kesihatan serta keselamatan pengguna.


Pelbagai teknik pemasaran yang dilakukan oleh founder atau usahawan dalam bidang tersebut, ini termasuklah penggunaan pemasaran di media sosial yang sudah pastinya amat berkesan jika teknik yang betul digunakan.

Bagaimanapun, baru-baru ini kita dapat lihat terdapat beberapa usahawan yang ibarat ‘menunggang’ agama dengan mempromosikan barangan mereka di tanah suci Mekah, dengan mengambil gambar produk mereka di hadapan Kaabah.

Perkara ini telah menimbulkan rasa kesal seorang pendakwah Pencetus Ummah (PU) Rahmat dan beliau telah memuat naik sebuah posting menerusi Facebook miliknya berkenaan hal itu.

Cats 27

“Jika kamu tidak insaf dan memohon maaf, inilah doa saya, semoga bisnes kamu lingkup wahai Founder Produk yang menggunakan Rumah Allah sebagai Alat dagangan.” tulisnya.

Menurutnya, ia adalah sesuatu yang tidak dibenarkan dengan menggunakan hadis yang melarang sebarang bentuk jualan di dalam masjid, pendakwah tersebut juga mendoakan mereka yang berbuat sedemikian tidak akan berjaya dalam perniagaan mereka.

Sama-samalah kita muhasabah…

Baca: “Mereka terkhilaf” –  PU Rahmat Tawar Bantuan Peguam Pro Bono Kepada Suspek Tertikam Adik

Pu Rahmatt

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.