Watak yang paling diingati ramai bila sebut pasal pelakon berasal dari Singapura ni mestilah masa dia memegang watak Malik dalam KL Gangster kan?
Kalau korang nak tahu, Aaron Aziz kini sedang sibuk menjalani latihan bagi menjayakan cerita terbaharu yang diberi judul Original Gangster. Fuh confirm gempak…
Malah pelakon ini juga sering kongsikan sesi penggambaran yang sedang dijalankan sekarang untuk filem yang dilabel sebagai filem aksi termahal bersama pengarah popular Syamsul Yusof.
Namun begitu, baru-baru ini salah satu perkongsian Aaron Aziz telah mendapat perhatian netizen, di mana dia menunjukkan tatu palsu yang perlu digunakan bagi menjayakan watak yang dipegangnya itu.
Apa yang menarik perhatian, tatu yang dibuat di leher pelakon ini telah menampakkan lambang seakan-akan salib sehinggakan netizen telah menegur Aaron untuk tidak menggunakan bentuk sedemikian.
https://www.instagram.com/p/CjyC_oovgWI/
Menjawab kritikan dari netizen ini, Aaron menerusi TikTok peribadinya telah menjelaskan bahawa tatu yang dipakainya itu bukanlah lambang salib seperti dakwaan netizen. Ia merupakan bentuk pedang.
Itu bukan salib, itu dagger. Korang ingat aku ni kafir ke apa? Pisau! Semua pisau semua dagger mesti ada batang yang ada dia punya tu (pemegang). Lainlah kalau aku pakai butter knife.
“Dagger dagger bukan salib, bukak minda sikit, husnuzon sikit.”
@therealaaronaziz BUKAN SALIB LA ITU DAGGER 🗡 PISAU. Ke nak letak Pisang ????
Ha, korang jangan nak pandai-pandai ehhh. Kan Malik dah bersuara tu.