Kalau korang jenis yang biasa beli barangan keperluan di kedai ataupun supermarket, mesti korang pernah lalui situasi di mana harga barang tersebut di rak dan di kaunter berbeza. Haa ini apa yang korang perlu tahu kalau lalui perkara macam tu.
Baru-baru ini, sebuah video telah dimuat naik oleh akaun rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), memaparkan cara untuk menangani kes harga barangan yang berbeza di rak dan juga di dalam sistem.
Ini bukan masalah saya, ini masalah awak#KPDN pic.twitter.com/JfbWzUINbJ
— KPDN (@KPDN_HQ) March 16, 2023
Menerusi video tersebut dapat dilihat, seorang lelaki sedang membeli barangan keperluan rumah di sebuah pasaraya.
Apabila dia menghampiri sebotol sabun pencuci pinggan dapat dilhat harga yang tertera di rak barangan berkenaan adalah RM6.90 walaubagaimanapun, harga tersebut menjadi RM7.90 apabila dia sampai ke kaunter pembayaran.
Kejadian itu telah membuatkan lelaki tersebut berasa tidak berpuas hati dengan harga yang tertera berlainan dengan harga yang ditetapkan di dalam sistem pasaraya berkenaan.
Susulan kejadian itu, lelaki itu berkeras untuk membayar harga RM6.90 kerana itu adalah harga yang dipaparkan kepada semua pengguna.
KPDN juga menegaskan agar pengguna menjadi pengguna yang bijak serta mengambil tahu hak mereka sebelum membayar.
“Pengguna layak mendapat HARGA TERENDAH jika berlaku dua perbezaan harga bagi barangan yang sama,” tulisnya.
Selain itu, KPDN juga berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil oleh pengguna jika harga barangan di rak berbeza dengan di kaunter.
Bagaimanapun, ada netizen di ruangan komen yang berkongsi kisahnya sewaktu dia bekerja di sebuah pasaraya, dia memberitahu bahawa pengubahan harga boleh berlaku pada bila-bila masa ataupun tanpa pengetahuan daripada HQ yang menyebabkan perbezaan harga barangan di rak dan juga di dalam sistem.
Sorry, org yg tak kerja retail takkan phm situasi macam ni. Harga update last minute or bila2 masa dari HQ tanpa bagithu. Kadang tengahari kadang malam harga baru keluar. Kami manusia biasa juga tidak lari dari terlepas pandang, atleast cakap cara baik2 kami akan bgi harga tu 😊
— shhttt (@insecurecopycat) March 16, 2023
Harap dapat jadi pengajaran kepada semua dan kita dapat menjadi pengguna yang bijak…
Baca :Kerajaan Rancang Tubuhkan Pasar Raya ‘Rahmah’ Untuk Tangani Kos Sara Hidup