Menjadi seorang guru tidaklah mudah apabila perlu menghadapi cabaran mendidik sekumpulan anak murid yang mempunyai pelbagai ragam yang tersendiri. Sifat penyabar juga amat penting semasa berhadapan dengan anak murid agar tiada isu prasangka antara dua pihak.
Tujuan utama seorang guru adalah satu iaitu untuk memastikan anak didikannya menjadi pelajar yang cemerlang atau berguna di masa hadapan tidak kira sama ada dalam aspek akademik mahupun sahsiah diri.
Banyak cabaran yang dihadapi oleh para guru ini sehingga ada yang boleh dikatakan mampu memudaratkan diri mereka sendiri. Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan beberapa orang guru yang dilihat seperti dihukum oleh sekumpulan pelajar di India.
Guru di India kena ikat pada pokok sebab pelajar tak puas hati dapat markah rendah
Beberapa guru di India telah diikat dan dipukul oleh sekumpulan pelajarnya sebab tidak berpuas hati meraih markah yang rendah dalam subjek matematik. Menurut media di sana, kejadian tersebut berlaku di sebuah sekolah di daerah Dumka, India pada isnin yang lalu.
Menerusi video tersebut, kelihatan juga beberapa pelajar yang memegang kayu dan mengerumuni kawasan pokok yang dimana beberapa guru tersebut diikat seakan tidak berperikemanusiaan.

Menurut sumber juga, 11 daripada 32 pelajar di dalam kelas itu meraih gred gagal dalam subjek yang membawa kepada tindakan pelajar berkaitan tersebut berasa marah lantas mengikat dan memukul guru dan kerani sekolah pada sebatang pokok.

Bagaimanapun, pentadbir sekolah tidak mahu membuat sebarang laporan dan tuntutan ganti rugi terhadap kejadian itu kerana menganggap tindakan itu mampu merugikan masa depan pelajar mereka. Laporan polis hanya diterima daripada mangsa dan tidak dapat dipastikan mengenai tindakan lanjut.
Untuk video penuh, korang boleh tonton video dekat sini…..

					