Pada hari ini, banyak restoran makanan segera yang menyediakan perkhidmatan drive-thru untuk memudahkan pelanggan membuat pembelian.
Dengan hanya duduk di dalam kereta, pelanggan boleh membuat pesanan dan bayaran, serta hanya perlu menunggu dengan selesa di dalam kenderaan masing-masing untuk mendapatkan makanan yang dipesan.
Beratur beli McD
Namun, lain pula yang terjadi di sebuah francais McDonald’s ini apabila tular sebuah video yang memperlihatkan sekumpulan pak cik membuat pesanan makanan dengan beratur di laluan drive-thru.
Menerusi video tersebut, kelihatan tiga orang lelaki sedang beratur bersama-sama kereta pelanggan yang lain, bezanya adalah mereka beratur secara berjalan kaki.
Video ini mencuri perhatian ramai dan tular memandangkan kebiasannya laluan tersebut adalah untuk pelanggan yang menaiki kereta dan motosikal.
@danikc26 ??????
“Yang beriman je boleh nampak kereta dia” – Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut hampir mencecah 1 juta jumah tontonan, dengan 117k sukaan dan lebih 3,000 komen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut merasa terhibur melihatkan situasi ini. Bagaimanapun ada yang berpendapat, mungkin geng pak cik tersebut tidak mengetahui fungsi sebenar drive-thru.
“Hanya yang beriman je boleh nampak kereta…”
“Geng tabligh ni”
“My dad pernah buat…”
Siapa pernah beratur dekat drive-thru?
Kredit: danidanial2302
BACA: Lelaki Tunjuk ‘Besar’ Dengan Tengking Pekerja McD Ketika ‘Drive-Thru’ Terima Kecaman