in

[VIDEO] Dulu PM Kini TikToker? Netizen Teruja Tengok DS Ismail Sabri Buat ‘Food Review’ Ikan Singgang

ft ismail sabri review

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, kita disajikan dengan berita mengenai bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang kini sedang bertugas sebagai penyampai radio di HotFM. Mungkin ramai lagi ahli politik yang sedang cuba menceburi bidang baru?

Mesti ramai di antara kita mesti yang dah biasa tengok video food review di media sosial. Kalau kedai tu banyak dapat feedback yang positif mesti kita pasang niat nak pergi kan?


https://www.tiktok.com/@ismailsabrirasmi/video/7204833875162434821

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-9 sedang menikmati lauk masakan kegemarannya sambil membuat video seakan-akan food reviewer telah meraih perhatian netizen.

“Ini makanan kegemaran saya ikan singgang, ikan rebus goreng, lidah lembu masak merah, ikan singgang sedap oo, lidah lembu goreng, telur dadar. Ini semua kegemaran saya lah,” katanya.

Difahamkan, DS Ismail Sabri sedang menikmati semua hidangan tersebut di sebuah kedai di ibu kota Kuala Lumpur yang bernama Wan Zah Ikan Singgang.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah, ada segelintir netizen yang berkata DS Ismail Sabri kelihatan lebih tenang dan gembira kerana dapat meluangkan masa makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“KJ is DJ, Mail is TikToker. Congrats to both” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan tanda sokong kepada bekas perdana menteri itu setelah melihat bahawa beliau kini dalam keadaan yang lebih tenang dan gembira.

Screenshot 2023 03 01 123219

Screenshot 2023 03 01 123241

Hmm rasa nak makan ikan singgang la lepasni..

Baca : “Sportinglah!” – [VIDEO] First Day Masuk Konti, Netizen Teruja Dengar KJ Berceloteh

KJ jadi DJ hot fm 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.