in

[VIDEO] Didakwa Terlajak Simpang Sampai 1KM, Penumpang Panik Bas Ekspres Dipandu Mengundur

ft bas mengundur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video memaparkan sebuah bas ekspres yang dipercayai dipandu secara mengundur tular di media sosial semalam.

Difahamkan kejadian beraku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Simpang Ampat, Alor Gajah.


Artikel Berkaitan : Isu Pemandu Bas ‘Tinggalkan’ Penumpang Sebab Lewat 1 Minit, MARALiner Buat Pemohonan Maaf

Artikel Berkaitan : Angkara Bau Durian, Pemandu Bas Di Thailand Pengsan Sampai Perjalanan Terpaksa ‘Delay’

Dalam video yang berdurasi 43 saat itu, situasi menunjukkan keadaan dari dalam bas yang sedang mengundur, rata-rata penumpang tergolong daripada warga emas kelihatan panik akibat kejadian berlaku.

Malah turut kedengaran suara individu yang menyifatkan tindakan pemandu bas itu membahayakan keselamatan penumpang memandangkan banyak kenderaan lalu di situ.

Menurut sumber, difahamkan bas tersebut terlajak kira-kira 1 kilometer dari susur keluar Simpang Ampat, Alor Gajah sebelum mengundur di lebuh raya dan masuk semula ke susur itu.

Malah, sumber melaporkan bahawa bas tersebut dari Genting Highlands dan membawa kira-kira 26 penumpang ke Melaka.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan Melaka memaklumkan pihaknya belum menerima laporan rasmi berhubung insiden itu.

Sumber : Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.