Pulau Pinang juga terkenal dengan pilihan makanan yang ada di sana, dan ada juga segelintir pihak yang memanggilnya sebagai ‘syurga makanan’ kerana dari nasi lemak, nasi kandar hingga ke char kuey teow pasti ada!
Namun, kita harus menjadi pengguna yang bijak dan meneliti dahulu keadaan kedai sebelum berhenti singgah kan? Kalau kedai tu tak berapa bersih korang akan berheni makan situ tak?
Terdahulu, telah tular sebuah video memaparkan sebuah gerai roti canai famous di Pulau Pinang yang menjadi bualan warganet apabila didakwa menyediakan hidangan dengan cara yang kotor.
@naimullah.johari Pusat operasi Roti Canai Transfer Road. #roticanaitransferoad #penang #pulaupinang #malaysia #makan #malaysiatiktok??
Telur ayam tidak dibasuh?
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat penebar roti canai tersebut sedang meletakkan sepapan telur ayam yang tidak dibasuh ke dalam sebuah bekas dan turut kelihatan telur yang sudah pecah juga disertakan dalam bekas yang sama.
Penebar roti canai itu kemudian dengan selamba menyambung kerjanya dan membuat roti canai tanpa mencuci tangan terlebih dahulu selepas memegang kotak telur tersebut.
Perkara itu secara tidak langsung telah mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet yang rata-rata berasa tidak selesa dengan tindakan penebar roti tersebut.
Gerai diarah tutup selama 14 hari
Terbaharu melalui sebuah posting di Facebook, premis makanan yang terletak di Georgetown itu telah diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa dari 2 hingga 16 Januari atas sebab tidak mencapai standard kebersihan yang memuaskan.
Notis bagi penutupan premis berkenaan telah dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Daerah Timur Laut mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, lapor Harian Metro.
Kedai berkenaan turut dikenakan kompaun sebanyak RM500 kerana gagal menghantar kakitangannya ke kursus pengendalian makanan.
Tahap kebersihan pula didapati tidak memuaskan selain turut menggunakan telur yang telekat najis ayam ketika membuat makanan pelanggan.
Pihak berkuasa mendapati orang ramai masih beratur di premis berkenaan walaupun tahu pemeriksaan kebersihan sedang dijalankan oleh lapan pegawai dan anggota BKKM.
Pada 2019, kedai tersebut pernah dikenakan kompaun disebabkan mengabaikan kebersihan namun ia tidak ditutup kerana mempunyai persekitaran yang berada dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, pemilik premis tersebut, Shahjahan Abdul Hamid menyatakan bahawa dia akur dengan arahan yang diberikan selain turut meminta maaf kepada para pelanggan.
Semoga ini menjadi pengajaran kepada pihak lain..
Baca : Viral Video Tikus Jamah Ayam Goreng Di Kedai Makan, Restoran Di Pandan Indah Diarah Tutup 14 Hari