in

[VIDEO] Demi Kasih Anak, Bapa Sanggup Berhenti Merokok Untuk Dermakan Buah Pinggang

Bapa Berhenti Merokok Derma Buah Pinggang Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika ditimpa musibah atau ujian, orang tersayang seperti keluarga yang selalu ada dekat dengan kita.

Orang tersayang terutama ibu bapalah yang sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat anaknya.


Bapa berhenti merokok untuk derma buah pinggang

Tular satu hantaran di TikTok, memaparkan seorang bapa sedang melakukan latihan pernafasan menggunakan alat dikenali sebagai ‘Nemo Incentive Respiratory Exerciser’ ketika berada di dalam wad sebuah hospital.

Menerusi hantaran yang dimuat naik anaknya yang dikenali sebagai Dr Zulkifli, bapanya sedang bersiap sedia untuk menjalani operasi pemindahan buah pinggang buat dirinya pada hari ini (19 November).

Artikel berkaitan: Dietitian Kongsi Bahaya Ubat Kurus, Ada Pesakit Umur 30-an Dah Kena Dialisis

Artikel berkaitan: Anak Sulung Menangis Dapat ‘Surprise’ Hari Jadi, Bapa Hadiahkan Kek Walau Belum Dapat Gaji

Paling menyentuh hati apabila Dr Zulkifli mendedahkan bapanya pada awalnya adalah seorang perokok.

“Bapa adalah bekas perokok yang sangat suka Gudang Garam. Apabila dia mengambil keputusan untuk mendermakan buah pinggangnya kepada saya, dia berhenti merokok sepenuhnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Difahamkan, Dr Zulkifli mengalami kegagalan buah pinggang tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis sejak tahun 2020.

@dr.zulkifli

Tomorrow is the transplant day. May Allah ease everythings

♬ original sound – Zulkifli_Ayub – Zulkifli_Ayub

Kasih seorang bapa

Perkongsian video itu telah meraih perhatian ramai, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan pengorbanan bapa demi kesihatan anaknya.

Dalam pada itu, netizen turut menitipkan doa agar pembedahan tersebut berjaya dan dikurniakan kesihatan baik pada masa akan datang.

Screenshot 2024 11 19 163625 Screenshot 2024 11 19 163637

Didoakan semoga urusan kedua-duanya dipermudahkan…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.