in

Dietitian Kongsi Bahaya Ubat Kurus, Ada Pesakit Umur 30-an Dah Kena Dialisis

Ft Dialisis Buah Pinggang Ubat Kuruskan Baddan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang dah alert bahawa produk-produk yang ‘bagi jalan pintas’ ini memang sangat bahaya, ia boleh memberi kesan pada buah pinggang kita sebelum lanjut usia.


Walau bagaimanapun, masih ada lagi yang anggap perkara ini sambil lewa sehinggalah kena dekat batang hidung sendiri.

Artikel berkaitan : “Dah ada patient 20 tahun diabetic type 2” – Doktor Luah Rasa Bimbang Kadar Kesihatan Orang Muda Kita

Artikel berkaitan : Pembuluh Darah Pecah Punca Pelajar Lumpuh, Doktor Dedah Bukan Sebab Stres Belajar Tapi…

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang dietitian yang dikenali sebagai @JazeeraJulaili ini apabila dia bersemuka dengan seorang pesakit yang perlu dialisis ketika umur baru sahaja 30-an.

Jelasnya, pesakit itu sudah mengambil produk pelangsingan dalam bentuk kopi sejak tahun 2022 lagi, tidak dinafikan, berat badannya menurut dalam 10kg-20kg dan ia menyebabkan peminum rasa teruja dan abaikan risikonya.

Dengan sikap sebegitu, pada tahun ini, pesakit itu rasa lemah dan ingin membuat pemeriksaan, beliau mendapati bahawa bacaan tahap penapisan buah pinggang pesakit itu sudah semakin rendah. Namun dia masih pandang enteng!

Menurut Jazeera, dia peka bahawa ramai rakyat Malaysia sudah ambil cakna berkenaan dengan risiko ini. Namun begitu Jazeera menggesa kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan untuk sentiasa ‘bersabar’ seandainya sedang berusaha dengan cara senaman.

Dalam pada itu, Jazeera turut menegaskan kepada mana-mana pengasas produk untuk tidak claim yang produk mereka ada pengesahan KKM. Malah dia juga meminta agar orang ramai fikir segala kemungkinan yang berlaku atas apa tindakan yang mereka lakukan.

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang menyokong dengan kenyataan Jazeera ini kerana tindakan peniaga produk ini hanya ingin melariskan jualan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna.

Kuruskan Badan Kuruskan Badan 2

Haih, zaman sekarang ni memang ramai betul kena penyakit kronik masa muda kan? Risau lah.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.